Categories: LIFESTYLE

Antara 4 Jawapan Paling Cool Buat Makcik Bawang

Bila tiba je musim cuti, mesti banyak kenduri saudara-mara yang korang wajib datang, kan? Bila di tempat-tempat kenduri ni lah korang akan selalu berhadapan dengan soalan-soalan cepumas dari makcik bawang yang kadangkala boleh buat korang trauma nak ke majlis-majlis kenduri.

Jom kita baca 4 jawapan cool yang korang boleh guna bila dalam situasi ‘fight or flight’ tu.

1. “Kawan kau tu dah kahwin. Kau tu bila lagi? Nanti anak orang dah masuk universiti, anak kau baru tumbuh gigi.”

Tenang, jangan marah.. Dengan tersipu-sipu malu, korang senyum sambil jawab,
“Saya pun tertunggu-tunggu makcik masuk meminang saya jadi yang kedua. Ehe.”

2. “Kamu berdua dah 2 tahun kahwin. Kalau ada budak, tak la sunyi rumah tu. Tak payah merancang sangat lah..”

Dah setel hal kahwin, tanya pasal anak pulak. Tak apa, tarik nafas dalam-dalam, jawab macam ni,

“Rezeki di tangan Tuhan, tak berani saya nak persoal lebih-lebih.”

Fuh, ayat ringkas, tapi boleh sentap sampai ulu hati.

3. “Aku tengok, kesian anak sulung kau tu main sorang-sorang. Kau tu bilanya nak tambah anak?”

Pasti stress kan kalau setiap inci hidup kita ada orang nak persoalkan, tambah lagi nak tentukan? Tak mengapa, dengan senyuman manis di wajah, korang jawab,

“Kalau makcik nak taja makan pakai anak-anak kami, tahun depan juga kami tambah. Hehehe..”

4. “Anak makcik, baru je 5 bulan kerja dah keluar kereta. Bulan depan pulak nak pergi obersi.. Kau dah lama kerja, tapi sama je aku tengok hidup kau. Berapa gaji kau sebenarnya?”

Sabar, soalan ni memang boleh bikin panas hati. Pasti macam-macam scene yang bermain di imaginasi. Tak apa, korang jawab je macam ni, pasti tak tanya lagi.

“Alhamdulillah cukup lah sekadar nak tampung makan minum saya tanpa susahkan makcik dan belanja Makcik Ayam Bawang Amma hari-hari. Jom?”

Pasti terkejut makcik bawang tu. Bukan apa, sindiran dibalas dengan pelawaan makan. Mesti tersipu-sipu malu sendiri.

SGMS Enal