50 Tahun?? JLo Masih Bergetah!!

Siapa sangka selebriti Hollywood, Jennifer Lopez sebenarnya sudah berusia setengah abad! Penghibur serba boleh ini sememangnya menjadi idola ramai wanita kerana semakin berusia, dia kelihatan semakin cantik dan ‘fit‘! 

Baru-baru ini Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai ‘JLo’ menghiasi pentas peragaan Versace Spring Show 2020 di Milan bertemakan ‘jungle’ apabila dia mengenakan versi baharu busana hijau seksi yang dipakainya semasa majlis anugerah Grammys pada tahun 2000 yang menjadi buah mulut orang ramai. 

Gaun hijau ala tropikal yang menunjukkan bentuk badannya yang mengiurkan membuat penonton terkesima kerana JLo tampil awet muda walaupun usianya makin meningkat. Safe to say, JLo kelihatan lebih ‘amazing‘ dari zaman mudanya. Lihat sajalah perbandingan diri JLo sewaktu berumur 31 tahun memakai gaun Versace di Anugerah Grammys bersama pasangannya pada waktu itu, P.Diddy dan lihatlah dirinya sekarang! 

JLo dan bekas kekasihnya, P.Diddy semasa majlis Anugerah Grammy’s pada tahun 2000 di dalam busana Versace yang melonjakkan namanya sebagai ikon fesyen Hollywood – kredit Google Image

JLo at 50 dalam versi baharu gaun Versace ikonik yang dipakainya untuk pertunjuk fesyen Spring 2020 Versace di Milan baru-baru ini.

Stress betul tengok badan JLo yang boleh mengalahkan gadis-gadis separuh dari usianya! 

Del14