Apa Di Dapur? Bersama Chef Imelda Harris

Bulan puasa sudah tentu korang perlukan makanan berkhasiat untuk menambah tenaga! Maklum saja, sepanjang hari menahan lapar dan dahaga, badan pula kelesuan akibat dehidrasi. Pilihan juadah berbuka seharusnya dibuat dengan bahan-bahan yang menambah tenaga.

Hari ini, Chef Imelda Harris berkongsi menu sihat dan sedap! Nasi Ayam Bayam, juadah paling sesuai bukan sahaja ketika waktu berbuka malah waktu sahur juga.

Harus tahu, pengambilan bayam adalah amat disarankan sepanjang tempoh berpuasa memandangkan sayuran ini terkenal sebagai sumber zat besi yang sangat baik untuk dikonsumsi lebih-lebih lagi bagi penderita anemia. Selain itu bayam juga mengandung vitamin A, vitamin C, vitamin E, dan vitamin K dan berbagai mineral penting.

Nasi Ayam Bayam

Bahan – bahannya:

2 cawan beras Basmathi |dibasuh dan tos

½ ekor ayam | dibersihkan dan dipotong kecil

1 ikat bayam | di kisar dengan ½ air

1 ulas Bawang Holland | di cincang dadu

2 batang Kayu Manis

1/2 cawan susu cair

2 cawan air

3 sudu besar minyak masak

Sedikit Garam dan lada

Cara- Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang Holland dan tumis sehingga naik bau.

Kemudian masukan kayu manis ke dalam periuk dan tumis hingga bawang kekuningan.

Masukan beras dan ayam goreng hingga bahan menjadi mesra. Masukkan bayam kisar, susu, air dan kacau sehingga rata. Masukan garam secukup rasa dan biarkan sehingga nasi masak.

 

Tips: Untuk pastikan nasi tidak hangit sentiasa kacau nasi untuk memastikan nasi masak sepenuhnya.

SGMS Faida