Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Menu Berkhasiat & Sedap! Apa kata korang bertukar ke menu barat pula harini. Lihat bagaimana resepi klasik ini mampu buat korang jatuh cinta untuk terus tambah berpinggan-pinggan! Selamat Mencuba.  

Gambar Sekadar Hiasan

Potato Scallop with Chicken, Carrot and Corns

5 biji kentang dihiris bulat sederhana tebal

5 biji telur ayam

½ cawan keju cheddar diparut

½ batang lobak merah disagat

1 cawan isi jagung

1 cawan isi ayam disagat

1 ½  cawan susu segar

1 kiub ayam

Sedikit herba parsley

Garam dan lada secukup rasa

Kredit: Yummly

Cara-caranya:

  • Oleskan minyak pada acuan dan susunkan kentang di bahagian bawah acuan. Pukul telur bersama susu segar, stok ayam, garam dan lada secukup rasa. Pastikan sebati.
  • Tuangkan adunan telur ke dalam acuan dan taburkan ayam, jagung, lobak merah dan keju.
  • Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 minit sehingga masak.
SGMS Faida