Categories: EventsFab Foodies!

Buka Puasa Gaya xtra! Istimewa dari Dapur Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di Hotel Federal Kuala Lumpur

Restoran Kontiki di Hotel Federal Kuala Lumpur tahun ini kembali dengan menu Ramadan menerusi seleksi lebih 100 juadah tradisi kampung. Istimewa kali ini, pengunjung berpeluang merasai sendiri masakan kegemaran Perdana Menteri pertama Malaysia, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menerusi kaunter bar khas ‘Dari Dapur Tunku’. Hidangan lazat bak tetamu VIP seperti ayam masak kuning, ikan patin masak tempoyak pucuk paku, daging kicap beserta kacang pis, ikan goreng serai, udang goring manis dan pelbagai lagi pastinya membuka selera di waktu berbuka puasa.

Selain kaunter bar berbentuk pulau yang menyajikan pelbagai menu tradisi kegemaran sepanjang zaman, 8 buah stesen makanan yang ditukar ganti setiap hari turut ditampilkan di perkarangan restoren yang terletak berhadapan dengan kolam renang hotel. Pilih sajian kegemaran keluarga dari stesen masakan bakar (udang bakar paling sedap selain kambing golek dan daging tenderloin!), stesen sup (jangan lupa cuba sup Gearbox yang memang kaw!), stesen masakan panas (nasi bukhari memang ngam buat anda, serius!), stesen pencuci mulut (cubalah sendiri teknik menyediakan cendol mengikut citarasa anda di sini!), stesen salad dan bumbu sejuk, stesen kerabu, BBQ serta seleksi minuman menarik.

Buat peminat kuih tradisi Melayu, inilah masanya merasai 20 jenis menu kuih termasuk dodol kampung, wajik, tat, puding asli, bubur buah, agar-agar dan lain-lain. Xtra sarankan anda untuk mecuba kuih loyang dan peneram atau juga dikenali sebagai kuih telinga keling!

Hotel Federal Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Bukit Bintang ini menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga  RM138 / dewasa, RM35nett / kanak-kanak dan RM69 / warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 – 14 Jun 2018 dan buat ahli Gracious Reward & FHI Privilege Club, nikmati 30% penjimatan dari keseluruhan bil! 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 03-21489166 atau emel ke fnb@federal.com.my

 

 

Salma Syahbuddin