Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan sekiranya wanita hamil mengalami simptom-simptom yang berkait dengan ketidakselesaan perut atau gastrik ketika hamil.
Setiap manusia mempunyai ketahanan yang berbeza terhadap jenis makanan tertentu. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang paling biasa menyebabkan berlakunya gejala pedih ulu hati dan kembung perut. Makanan tersebut adalah bijirin, kentang dan sayuran seperti kobis, kobis bunga dan brokoli. Ia mengandungi raffinose, yang boleh menyebabkan kita mudah terasa kembung.
Selain itu, sesetengah wanita mudah mengalami masalah pencernaan apabila meminum kopi, jus buah-buahan, serta memakan makanan yang berlemak dan berempah. Elok juga jika anda mengehadkan pengambilan makanan dan minuman berproses, terutamanya soda yang mengandungi sirap jagung fruktos (fructose corn syrup) dan juga karbonat yang boleh menambahkan lagi masalah pencernaan.
Jika sebelum ini anda biasa memakan 3 hidangan utama setiap hari, cuba pecahkannya kepada 5 hidangan yang lebih kecil setiap hari.
Dengan cara ini, tubuh anda mempunyai masa untuk mencernakan makanan dengan lebih efisyen.
Perbetulkan postur anda ketika sedang melakukan kerja-kerja harian. Pastika anda sentiasa duduk dengan tegak dan jangan membongkok.Elakkan berbaring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
Jika anda selalu mengalami kesakitan ini pada waktu malam, gunakan banyak bantal untuk meninggikan kepala katil anda. Graviti dapat membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan masalah gastrik ketika hamil.
Elakkan pakaian yang ketat dan berlapis-lapis, terutamanya di sekeliling perut. Pakaian yang selesa juga dapat memudahkan pergerakan anda agar lebih aktif.
Senaman ringkas seperti berjalan, menarik nafas, dan menaiki tangga dapat memberi kesan positif kepada masalah gastrik ketika hamil. Di samping itu, ia mempercepatkan pencernaan dan dapat mengatasi masalah sembelit.
Senaman juga dapat meningkatkan kualiti kesihatan anda secara keseluruhannya serta membebaskan anda daripada stres.
Sekiranya rasa tidak selesa dan kesakitan berterusan, berjumpalah dengan doktor agar mereka dapat mempreskripsikan ubat yang tepat.
Sesetengah ubat jenis antacid atau alginate boleh dibeli di farmasi. Namun, periksalah dahulu dengan doktor anda untuk memastikan ianya selamat diambil semasa hamil. Ini kerana, sesetengah ubat-ubat atau suplemen yang diambil tanpa usul periksa mempunyai kesan sampingan dan mungkin menjadikan masalah gastrik ini menjadi lebih teruk.
Rujukan
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.