FESYEN By: SGMS Enal September 5, 2018 @ 7:52am

Cara Merawat Kuku Agar Sihat & Cantik

Selain wajah , anda perlu beri lebih perhatian pada yang satu ini. Kuku dan jari adalah antara anggota yang penting dimana bila tidak dirawat dan dijaga dengan baik terutama kuku, ianya boleh menjadi rapuh, berwarna kekuningan dan senang patah. 

Ada yang menjaganya dengan menghias kuku atau menggunakan cat kuku. Ada cara lain juga yang boleh diamalkan untuk kekal sihat dan cantik

Cara merawat kuku agar sihat dan cantik

Kuku Kering dan bersih

Pastikan jangan beri ruang bagi mana mana penyakit untuk berkembang membiak terutama di balik kuku. Untuk elakkan ini keringkan kuku 1-2 saat setiap kali dicuci mahupun terkena air. Penting ya

Ketip Kuku Teratur

Untuk mendapatkan kuku yang cantik selain perawatan jangan lupa untuk ketip kuku anda. Ketip kuku yang sedikit di bahagian hujung agar tidak ada bendasing atau kotoran masuk. Di rekomen untuk memotong kuku secara lurus dan berikan lekukan membulat di bahagian sudut agar tidak mudah patah 

Kikis Cat Kuku

Anda yang suka mengecat kuku jangan lah suka mengikis dengan menggunakan bahan-bahan yang berbahaya. Mahupun mengerik permukaan kuku ini secara kasar kerana kuku akan cepat rosak dan tidak sekata. Lagi-lagi menggunakan barang yang tidak sepatutnya

Disyorkan untuk menggunakan nail polish remover agar ia dapat membantu mengeluarkan cat di kuku dengan cepat tanpa mencacatkan kuku anda ye 

Makanan Yang Dapat Membantu

Dari segi makanan pula jangan lupa untuk mengambil makanan-makanan yang mengandungi kalsium, vitamin D ,vitamin E, zat besi, protein, magnesium dan zink

Kuku juga menjadi salah satu yang dipandang apabila anda sedang berbual mahupun ditemubual. Dari sini juga ada yang dapat mengetahui cara kebersihan anda. So sayangilah dan rawatlah kuku agar jadi cantik dan sihat ye 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Elly Mazlein Sudah Dilamar?

Laman Instagram Elly turut dipenuhi dengan ucapan hari jadi daripada peminat yang gembira dan berharap idola ramai ini segera naik pelamin.

LIFESTYLE Mon, 11 Jun 2018

Malaysia Bakal Mula Projek Kereta Nasional Baharu

Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau.

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 : Drama Manakah Bakal Menjulang Drama Terbaik 2018?

Saksikan malam berprestij ASK2018 sebentar lagi!

Featured Fri, 17 Mar 2023