Categories: LIFESTYLE

‘Checklist’ Persediaan Bulan Puasa

Bulan Ramadan bakal menjelma tiba sudahkah anda bersedia untuk menjalaninya. Ini dikongsikan  ‘Checklist’ Persediaan Bulan Puasa 

1. Perbanyakkan doa dan taubat

Berdoalah sentiasa agar kita dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Perbanyak taubat, jauhi maksiat dan senantiasa berdoa agar dosa-doa kita diampunkan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih.

Boleh mengamalkan doa ini:

“Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan”

“Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan” (HR. Ahmad dan Thabrani).

2. Tingkatkan ilmu agama

Dalami ilmu agama terutamanya yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusyikilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif contohnya Ustaz.

3. Eratkan hubungan silatulrahim

Ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi.

4. Persiapan Harta

Mulailah dari sekarang menghitung zakat mal keluarga kita dan seboleh mungkin membayarnya pada awal Ramadhan. Jangan tunggu sehingga penghujung Ramadhan. Jika ada rencana mengadakan buka puasa bersama dengan mengundang jiran dan rakan-rakan, mulailah persiapkan agenda dan bajet untuk ini. Ajar anak-anak untuk mulai menabung dari sekarang untuk rencana bersedekah pada bulan Ramadhan nanti.

5. Persiapan Fizikal & Mental

Ibaratnya ingin menyambut tetamu yang sangat istimewa, seisi rumah haruslah dalam keadaan yang juga istimewa. Minta seluruh ahli keluarga untuk menjaga kesehatan mereka, salah satunya dengan memperbanyakkan pemakanan sehat dan bergizi.

Latih diri dan keluarga untuk berpuasa dengan berpuasa sunnah. Tingkatkan jadwal tadarrus Al-Qur’an dan biasakan anak bangun lebih awal (sejam atau setengah jam sebelum subuh) dengan mengajaknya solat bersama.

SGMS Enal