FESYEN By: Padin February 22, 2024 @ 11:18am

Helaian Mewah Lengkapkan Syawal Dalam Rizman Ruzaini Raya 2024 Couture & Capsule Collection

Rekaan Raya yang sentiasa ditunggu, menantikan apakah trend Syawal yang dibawakan Rizman Ruzaini untuk koleksi Couture dan Capsule Raya 2024 ini? Penantian itu pastinya berbaloi buat pengikut setia mereka apabila helaian yang dipertontonkan kepada umum pada acara yang berlangsung baru-baru ini ternyata membawa penggemar larut dalam gaya mewah menawan dan setiap satu rekaan menyerlahkan identiti Rizman Ruzaini.

Mengimbas kembali momen gemilang Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week yang disertai mereka tahun lalu, maka koleksi Raya 2024 Couture Collection ini mengadaptasi semula koleksi Musim Bunga/Panas 2024 yang diketengahkan di sana.

Berinspirasikan kisah Seri Gumum – cerita rakyat tentang seekor naga yang pernah menjelajah perairan gelap Tasik Chini yang indah.

Tintaan manik, perincian batuan Swarovski dan labuci yang mempesonakan dilhamkan daripada sisiknya yang kemilau, manakala warna utama yang dipilih adalah daripada rona kebiruan, hijau, jingga gelap, perang, kekelabuan.

Dan, warna signatur Rizman Ruzaini, hitam pekat untuk menitipkan elemen ketenangan, beridentiti yang disesuaikan untuk gaya Lebaran yang anggun dan mempesona. Penggunaan material seperti Krep and Sifon memberikan potongan kurung ini terletak sempurna dan tampak mahal.

Selain seleksi Couture Collection tersebut, untuk tahun ini, Rizman Ruzaini turut menampilkan Raya 2024 Capsule Collection. Berbeza dengan Couture Collection, helaian untuk koleksi Capsule ini lebih bersifat effortless, simple dengan mainan renda, krep bersama potongan anggun dan malar segar yang sememangnya menjadi DNA Rizman Ruzaini selama ini.

Rekaan ini dicipta bersesuaian untuk wanita moden hari ini yang mahukan gaya tradisi dengan sentuhan kontemporari yang boleh digayakan lebih dari sekadar ‘baju raya’.

Bagi koleksi ini, Rizman Ruzaini telah melantik selebriti dan pempengaruh terkenal, Azira Shafinaz sebagai muse mereka.

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, pemilihan dibuat atas beberapa faktor yang dirasakan bertepatan dengan imej label Rizman Ruzaini itu sendiri.

Azira seorang figura yang punya kecantikan tersendiri, berbakat besar sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara, sukses dan lambang wanita moden bercitarasa tinggi dengan jumlah pengikut lebih 1.2 juta di Instagram yang pastinya menjadikan beliau inspirasi ramai wanita di luar sana.

Semua koleksi ini boleh mula dilihat mulai 21 – 24 Febuari dari jam 10 pagi – 10 malam di Chairman Suite, JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Atau hubungi talian +601 25156317 untuk sebarang janji temu atau pertanyaan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 19 Apr 2018

4 Lifehack Tampil Berseri Dengan Pemilihan Warna Baju Yang Tepat!

Pemilihan warna yang betul akan membuatkan anda lebih menyerlah. Namun, sekiranya anda memilih warna yang kurang tepat, bukan sahaja rupa anda kelihatan kusam, malah gigi juga akan kelihatan kuning!

FESYEN Wed, 5 Sep 2018

Cara Merawat Kuku Agar Sihat & Cantik

Kuku dan jari adalah antara anggota yang penting dimana bila tidak dirawat dan dijaga dengan baik terutama kuku, nak tahu lebih jom baca

Featured Sun, 9 Jan 2022

Beg Tangan Mewah Diperbuat Daripada Kulit Oren

Siapa sangka kulit buah oren yang kita selalu buang boleh dijadikan sebuah beg tangan yang cantik? Seorang pereka seni makanan dan ahli gastronomi molekul dari Jordan, Omar Sartawi telah mencipta sebuah beg tangan yang mesra […]

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen

FESYEN Mon, 7 May 2018

Ezuan Ismail Tepis Dakwaan Tiru Rekaan Luar!

Isu ini timbul apabila sebuah akaun instagram telah mendedahkan bahawa baju yang dipakai oleh penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali dan pelakon, Maria Farida menyerupai rekaan pereka fesyen ini.

Events Wed, 14 Aug 2019

Lazada Malaysia Partners Up with KL Fashion Week for Its 2019’s Runway

Now getting designer brands got 100 times easier!

FESYEN Thu, 22 Aug 2019

Artis ‘Turun Padang’ Memeriahkan KLFW 2019

KLFW platform pereka fesyen tempatan menunjukkan bakat