LIFESTYLE By: SGMS Enal October 10, 2019 @ 2:09pm

Jangan Bercakap Kasar, Anak Akan Ikut!

Kes buli melibatkan pelajar sekolah sering diperdebatkan oleh pelbagai golongan terutamanya golongan pendidik dan ibu bapa. Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini, ianya kelihatan seperti tidak berpenghujung ekoran semakin banyak kes buli yang dilaporkan. Gejala buli ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah sikap yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah.

Melalui satu perkongsian seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook Akhi Fairuz, menceritakan mengenai kisah seorang budak yang terikut dengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh bapanya sendiri.

Beratur menunggu giliran untuk confess. Semuanya mangsa buli. Budak darjah 1, 2 dan 3. Hinggalah giliran seorang budak lelaki, darjah 3.

“Saya kena buli dengan kawan. Dia tolak saya sampai jatuh masa solat. Saya tak buat salah apa pun.”

Astaghfirullah. Aku terus tanya adik berkenaan siapa punya angkara. Lalu, disebutlah sekian-sekian nama.

Aku terus panggil pelajar berkenaan. Mukanya cuak. Pucat lesi. Takut kena marah. Seminit kemudian, beliau dah ada disebelah aku.

“Betul ke awak buat kawan awak macam tu.” Aku tanya baik-baik. Bukan nada meninggi.

Tak sempat jawab, air mata budak ini tumpah. Beliau angguk dan kata iya. Walau baru darjah 3, tapi dari raut wajah dan fizikal, dia jenis bergaul dengan budak besar. Nampak matang.

“Awak tak kesian kawan awak ke? Dia sakit tau.”

Budak itu diam. Tiada jawapan. Air mata makin deras mengalir. Tiada esakan, hanya deraian.

“Kat rumah ayah awak pukul awak ke?” Tanya aku.

Dia angguk dan berkata, “ya. Ayah selalu pukul saya. Dia selalu ketuk kepala saya. Sakit.”

Allah! Aku pula yang jadi sebak.

“Abang, awak suka tak ayah awak buat awak macam tu?”

Beliau gelengkan kepala.

“Itulah yang kawan awak rasa. Bila ayah awak buli, mesti awak tak suka. Jadi, kenapa awak pula buli kawan? Tengok muka kawan yang awak buli kat sebelah ni, kesian dia.”

Keduanya bertentang mata. Beliau menunduk.

“Awak tahu tak kenapa awak buat macam tu pada kawan?”

Geleng kepala lagi.

“Sebab ayah awak kasar dengan awak. Jadi, di sekolah awak buat masalah sebab nak perhatian cikgu. Betul kan?”

Beliau angguk. Cikgu yang berada bersama dalam program pun turut sebak.

“Sekarang saya nak awak salam kawan dan minta maaf.”

Tak tunggu lama, terus sahaja beliau hulurkan tangan. Rakan yang menjadi mangsa buli menyambut salam itu.

“Aku minta maaf.” Katanya.

Saya minta mereka berpelukan.

Indah sekali momen ini.

Sebelum adik berkenaan beredar, aku peluk dia dan berkata,

“Bang, sebenarnya ramai yang sayang awak. Jaga diri. Jangan gaduh-gaduh. Berkawan dengan semua orang ya.”

Masa ni aku sebak sangat. Nak tumpah dah air mata. Tak sangka, emosi kanak-kanak berkenaan benar-benar memberi kesan kepada hati aku.

Aku harap adik ini membesar jadi budak yang baik. Beliau juga mangsa, mangsa kepada bapanya sendiri. Kesian beliau.

Minggu ini hampir 4 program buli aku kendalikan, selain dari topik seksualiti. Semuanya melibatkan pelajar darjah 1 sampai 6.

Macam-macam kes ada. Curi barang dan duit kawan, ejek mengejek, ejek nama bapak, hina fizikal kawan, rasis dengan menghina pelajar India hitam, keling, gila.

Allah, sedih aku. Ini budak-budak sekolah rendah. Orang dewasalah yang tu mengajar untuk budak sekecil ini jadi rasis.

Itu belum lagi ejek bapak kawan yang kudung tangan. Ejek kawan sebab kepala besar. Ejek kawan dengan menukar nama ayah jadi perkataan jelek.

Bagi mereka, ejek adalah ejek. Ejek tu bermakna gurauan. Mereka tak pernah terfikir ejekan itu satu pembulian.

Please mak ayah, educate anak kau kat rumah tu. Jangan bercakap kasar, anak akan ikut.

Buli adalah satu jenayah!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker
#GengTolakBuli

Sumber: Bicara Menteri, Akhi Fairuz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 4 Dec 2018

7 种容易「伤心」的食物

脏病是导致成年人死亡的重要原因,从饮食中剔除会损伤心脏的食物,对健康大有裨益。

LIFESTYLE Tue, 1 May 2018

Suka Mandi Lambat? Nah, Sedikit Perkongsian Untuk Anda!

Kerap demam, selesema dan berhingus itu semua punca dari sikap mandi lewat. Kajian mendapati mandi pagi boleh menghasilkan lebih darah putih untuk meningkatkan sistem imuninasi badan.

LIFESTYLE Sun, 17 Nov 2019

Ada Ibu Bapa Tak Setuju, Wajibkan ‘Car Seat’ Bulan Januari 2020

Bukan tidak bersetuju tetapi sudah membeli kerusi keselamatan kanak-kanak namun tiada surat kelulusan komponen (CTA) belum lagi yang punya anak ramai

LIFESTYLE Tue, 25 Feb 2020

Kenapa Ada Api Warna Biru, Merah Dan Putih?

Hal ini berlaku disebabkan perbezaan bahan yang terbakar mempengaruhi warna api yang terhasil

Fab Foodies! Thu, 28 Jun 2018

Jangan Bazir Makanan, Alam Flora Kutip 22,000 Tan Sisa Makanan!

Tabiat pembaziran semasa menghadiri majlis rumah terbuka dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

Featured Fri, 20 Jan 2023

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan, Fasha Sandha & Suami Berangkat Ke Makkah Tunai Umrah

Pelakon cantik Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz berkongsi hantaran di Instagram bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) Menerusi perkongsian Fasha, […]

Fab Foodies! Mon, 16 Apr 2018

别急着喝茶、吃水果!饭后一小时内做这7件事恐伤身

吃、喝、拉、撒、睡是每天都要做的事,但看似平常简单的举动,背后却隐藏着大大的学问,尤其是很多人习惯在吃饱饭后立刻吃水果、喝茶、抽烟等,有可能会伤身。

LIFESTYLE Mon, 22 Oct 2018

Trend Kahwin Muda Masih Relevan? Tunggu Sampai Usia Korang Cecah 18 Tahun

Boleh diberi kelonggaran yang mahu berkahwin bawah 18 tahun dan perlu bersebab dan perlu ada kelulusan (sokongan) Menteri Besar atau Ketua Menteri.

LIFESTYLE Fri, 30 Mar 2018

5 Jawapan Win Untuk “Bila Nak Kahwin Nie?”

Rimas kot dengan persoalan bila nak kahwin ? bukan sahaja tak nak kahwin tapi..

LIFESTYLE Mon, 9 Jul 2018

Certain Countries are Difficult to Find Halal Spots but Hong Kong Begs to Differ

You’d think that a country like Hong Kong would be difficult for Muslim travellers but you’re gonna be proven wrong.