Ke Tepi Keke Challenge, Beri Laluan Kepada ‘Momo Challenge’

Kalau Keke Challenge memerlukan seseorang keluar daripada kereta dan menari, Momo Challenge dilihat lebih mencabar.

Apa tidaknya, pengguna diminta bercakap dengan individu tak dikenali seterusnya meminta pengguna menambah kenalan yang digelar ‘Momo’. Err…Scary much? 

Cabaran yang mula viral di seluruh dunia ini mendapat perhatian pihak berkuasa seluruh dunia di mana cabaran ini menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Mesej dan imej menakutkan yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri akan dihantar pengguna kepada kenalan baru. Pelik betul cabaran ‘gila’ ini!

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang mana ia langsung tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Untuk para ibu-bapa, awasi anak-anak anda agar tak terjebak dalam cabaran tak berfaedah ini ok?

SGMS Faida