Kunyit Melindungi Daripada Penyakit Berbahaya

Kebanyakan penyakit seperti kanser, jantung, kolestrol tinggi dan penyakit kronik adalah disebabkan keradangan.

Kunyit bersifat anti keradangan paling berkesan dan dapat melindungi tubuh anda daripada penyakit berbahaya.

Khasiat kunyit juga dapat menghindarkan dan membantu pesakit Alzheimer untuk pulih.

Diabetes antara penyakit berbahaya dan boleh menyebabkan komplikasi pada sistem saraf dan juga paru-paru.

Ekstrak yang terdapat dalam kunyit dapat membantu pesakit mengurangkan kadar gula dalam darah selain bergantung pada ubat.

Makan kunyit secara mentah adalah alternatif yang baik untuk kesihatan tubuh.

Kunyit adalah bahan semula jadi yang boleh dibuat “mask” untuk mendapatkan kulit yang sihat dan melambatkan proses penuaan.

Mengapa kunyit dikatakan berkhasiat untuk kaum wanita kerana ia dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah kotor bagi wanita yang sedang berpantang.

Air rebusan kunyit, bagus sekiranya diamalkan untuk melancarkan period.

Banyak juga khasiat kunyit ini untuk diri selain dalam masakan ya. 

SGMS Enal