Menu Jimat Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Untuk Ramadhan hari kedua ini, Chef Imelda Harris nak berkongsi cara membuat ‘Mee Sup Cendawan Bebola Ikan’. Nyums!

Bersesuaian dengan tema hari ini iaitu menu jimat dapur, kos untuk membuat mee sup cendawan bebola ikan menggunakan bahan-bahan di bawah RM 10. Jimat kan? 

Mee Sup Cendawan Bebola Ikan

200g Mee kuning dicelur sehingga masak
400g cendawan tiram dihiris nipis
20 bebola ikan
3 ulas bawang merah dicincang
4 ulas bawang putih dicincang
1 kiub stok ayam
1 liter air
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya;

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. Tambahkan air dan lada hitam.
4. Masukkan bebola ikan dan cendawan.
5. Kacau hingga cendawan masak.
6. Tambahkan garam & padamkan api.
7. Masukkan mee ke dalam mangkuk & tuangkan sup bersama cendawan dan bebola ikan.

Mudah dan simple kan, tanpa perlu menggunakan bahan-bahan yang renyah, korang boleh cuba hari ini ok? Selamat memasak & selamat berbuka!

SGMS Faida