Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Minum Air Kelapa Selama Seminggu Apa Jadi?

Air kelapa di syorkan untuk minum kerana ia mengandungi elektrolit yang membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang sewaktu berpeluh terutama sekali sewaktu musim panas

Air kegemaran ramai ini juga tinggi kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B kompleks yang diperlukan oleh tubuh.

MINUM AIR KELAPA SELAMA SEMINGGU

Apa yang akan terjadi pada tubuh kita jika mengambil air kelapa selama seminggu?

SISTEM IMUNISASI SEMAKIN KUAT

Air kelapa melawan virus selesema, typhus dan penyakit berjangkit.Ia juga menghilangkan bakteria penyebab kepada penyakit gusi dan jangkitan kuman dari pundi kencing. Kalau demam panas, kita dianjurkan untuk minum air kelapa muda, Biasanya demam akan beransur surut, kepanasan suhu badan juga akan menurun.

 

KESIHATAN DALAMAN BERTAMBAH BAIK

Bersifat diuretik semula jadi, air kelapa membuang toksin dalam badan dan mengelakkan daripada terkena batu karang. Bagi yang menghadapi masalah batu karang, disarankan minum air kelapa.

SISTEM PERKUMUHAN TERATUR

Jika amalkan minum air kelapa selama seminggu, anda mudah membuang air besar dan dapat elakkan daripada masalah sembelit. Ini kerana air kelapa mengandungi fiber yang sangat diperlukan oleh tubuh.

 

KURANG SAKIT KEPALA / PENING

Biasanya sakit kepala boleh terjadi jika badan terlalu dehidrasi dan stres Air kelapa mengandungi elektrolit yang mampu mengembalikan ion badan yang hilang akibat kekurangan air.

 

SGMS Enal