Categories: LIFESTYLE

Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Perlu Didahulukan?

Apa kaitannya layanan suami terhadap isteri dengan kemurahan rezeki?  Seorang suami yang bertanggunjawab akan memandang nafkah isteri adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan selain daripada ibu bapa sendiri.  Walaupun zaman moden ini menyaksikan isteri juga mempunyai pendapatan sendiri namun urusan nafkah masih tergalas dibahu suami.

Urusan perbelanjaan keluarga yang baik harus mendapat persetujuan pasangan suami isteri untuk samaa-sama keluar daripada masalah kesempitan hidup.  Jika suami merasa terlalu terbeban, alangkah baiknya jika ia dapat berbincang dengan baik supaya ketidakpuasan hati dapat dielakkan.  Ada kalanya urusan material bukanlah punca segalanya, tetapi  ketegangan perasaan, kurang perhatian menjadi isu mengganggu emosi.

Jika berpendapatan sedikit, berikanlah sedikit.  Jika banyak, berilah mengikut jumlah yang sebaiknya.  Allah swt tidak pernah meminta suami memandang rendah isu nafkah ini sehingga berlaku zalim pada isteri dan anak-anak.  Jangan juga mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu dan bapa.  Redha mereka adalah sumber terbesar datangnya redha Allah swt.  Pokoknya, berlaku adil kepada semua.  Berat tanggungjawab suami ini, namun sebagai manusia beragama Islam, sentiasalah berpegangn pada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.

SGMS Enal