Categories: Featured

5 Tips Yang Perlu Dipraktikkan Sebelum & Ketika Mengundi. Jadilah Pengundi Bijak

Statistik Daftar Pemilih yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) menunjukkan pengundi wanita lebih ramai berbanding lelaki. Daripada 14,940,624 pengundi, 7,557,187 pengundi adalah wanita (50.58%), manakala pengundi lelaki berjumlah 7,383,437 (49.42%).

Jadi, ini bermakna wanita memainkan peranan penting dalam proses pengundian kali ini. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kepada negara. Buat persiapan yang sepatutnya. Kalau tempat mengundi jauh, mohon cuti tambahan. Cuti sehari mungkin tidak mencukupi atau memenatkan.

Berikut 5 perkara yang perlu anda buat sebelum dan ketika berada di pusat mengundi.

1. Bangun awal dan pergi ke pusat mengundi pada awal pagi jika tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama di sana. Selalunya pusat mengundi tambah sesak di waktu tengahari ke petang.

2. Jika anda punya anak-anak yang kecil, mungkin perlu buat giliran dengan suami untuk pergi mengundi. Jadi, tidak perlu bawa anak-anak ke pusat mengundi.

3. Pakai pakaian yang bersesuaian, jangan terlalu mencolok mata. Pilih pakaian yang sopan dan selesa. Mekap juga jangan berlebihan. Begitu juga dengan perfume yang digunakan. Jangan sampai mereka yang di dalam barisan rasa kurang selesa.

Foto: Harian Metro

4. Ketika menunggu giliran untuk membuang undi, jangan sesekali cuba memotong barisan biarpun ada ahli keluarga atau kenalan anda berada di hadapan. Ingat tatasusila!

Foto: Sinar Harian

5. Jangan buat bising atau cuba buat sebarang provokasi kepada penyokong mana-mana parti politik. Biarpun berbeza fahaman politik, jangan sampai menggadaikan keharmonian Malaysia.

Kepada semua, selamat mengundi! Untuk maklumat terkini tentang PRU 14, anda boleh menjengah ke portal MyUndi.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di Google Play & App Store

Ad Ops