Nak Kekal Sihat? Ikut Cara Tun M Cergas Di Usia 92 tahun

Masih cergas di usia emas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rahsia beliau masih sihat di sesi dialog dengan Media Jepun di Japan National Press Club, Tokyo.

Kesihatannya masih berada di tahap baik walaupun bakal menginjak ke usia 93 tahun Julai ini. Alhamdulillah…

Beliau yang diangkat sebagai ikon bagi golongan warga emas menasihatkan agar jangan berehat bila bertambah tua.

“ Jika anda rehat, anda akan menjadi lemah dan tidak berupaya, dan mungkin menjadi nyanyuk. Kekalkan kecergasan selepas bersara,” katanya kepada BH Online.

Beliau, yang juga seorang doktor perubatan, berkata apa-apa yang tidak digunakan akhirnya akan gagal berfungsi seperti biasa atau mula rosak.

“Ini sama seperti otot anda. Jika anda tidak gunakan otot dan hanya berbaring sepanjang masa, maka otot mungkin tidak dapat menampung berat badan anda sendiri. Anda tak boleh berdiri, tak boleh berjalan.

“Otak pun sama juga, jika anda tidak gunakan otak, tidak berfikir, tidak menyelesaikan masalah, tidak membaca, tidak menulis, otak akan merosot dan anda menjadi nyanyuk. Jadi, mesti sentiasa cergas,” katanya.

Tun Mahathir juga masih berfikiran tajam dan tidak nyanyuk malah mampu memimpin negara. Usia tidak menjadi penghalang untuk seseorang itu terus mara dalam kehidupan. Bangkit dan terus berfikir selagi diberi peluang, Insha Allah…

SGMS Faida