Penampilan Terkini Keluarga Wardina Saffiyah Di Australia Curi Perhatian Ramai

Suatu ketika dahulu nama pelakon Wardina Saffiyah seringkali menjadi kegilaan ramai anak muda terutama peminat sitkom Spanar Jaya.

Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan berhijrah ke Australia untuk menyambung pengajiannya, Wardina sudah jarang muncul di mana mana televisyen dan media massa. Tetapi ramai yang tidak tahu Wardina masih aktif di sosial media.

 

Terbaru, menerusi perkongsiannya di Instagram, Wardina sempat memuat naik potret Hari Raya bersama keluarganya di Australia.

Apa yang mencuri perhatian adalah penampilannya yang kekal  muda dan masih sama seperti dahulu dan rata rata peminat juga terkejut melihat anak daranya yang kini semakin meningkat dewasa.

Difahamkan,  anak sulung Wardina iaitu Amna Nafeesa turut mewarisi kebijaksanaan ibunya, gadis berusia 18 tahun itu berjaya menamatkan pengajian International Baccaulaureate (IB) Diploma Program iaitu Program Prauniversiti melibatkan pelajar berusia 16 tahun hingga 19 tahun.

Malah, ruangan komen turut dibanjiri dengan komen peminat yang rata ratanya  turut memuji kecantikan anak anaknya yang semakin meningkat dewasa.

Wah ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!

Kredit : Instagram Wardina Saffiyah

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”