Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Allahuakbar… sebak melihat penderitaan wanita yang diuji dengan penyakit Hiper Tiroid ini.

Nurliyana Abdul Raziff yang menderita akibat penyakit ini sejak dua bulan lalu memberitahu dirinya tidak lagi mampu mengunyah.

“ Saya tidak lagi mampu mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga.

“ Berat badan yang menurun secara mendadak turut membuatkan fizikal saya semakin rendah,” kata Nurliyana kepada Harian Metro.

Dengan nada yang kurang jelas, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Oleh kerana dia tidak mampu makan dengan sempurna, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

Buat masa ini Liyana bergantung pada susu khas. Sejak usia 9 tahun Liyana dikesan mengalami sistemik lupus eritematosus atau lupus yang menyebabkan anti-body dalam badannya lemah dan dia mudah diserang penyakit.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga Liyana boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Nurliyana Abd Razif: 050580-2014-5124

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Liyana berkata, doktor pakar tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid itu kerana pada masa sama, dia juga ada masalah buah pinggang dan jantung.

Semoga Liyana memperoleh kesembuhan atas keizinan Tuhan, Insha Allah. Sama-sama kita doakan!

SGMS Faida