Usikan Janna Nick disalah faham!

 Kata orang usik mengusik membawa bahagia. Betul ke? Ada kebenarannya tetapi kadang kala usik mengusik juga mengundang salah faham.

Inilah yang berlaku antara pelakon Janna Nick dan penyanyi yang baharu putus tunang, Sufian Suhaimi.

Gara-gara tumpang menulis di laman Instagram Sheila Rusly yang memuat naik gambarnya mengundang Sufian Suhaimie untuk program masakan ‘Ketuk-Ketuk Ramadan”, tulisan ringkas Janna Nick menjadi bahan netizen mengusik. 

Apatah lagi mendapat balasan daripada Sufian yang juga menjawab ringkas:

Ekoran komen berbalas itu, ramai pula yang menyampuk dengan pelbagai pandangan. Namun khabarnya, ia sekadar gurauan Janna terhadap Suhaimi sejajar dengan lagunya kini yang meletop berjudul ‘Di Matamu” kan!

Umum mengetahui Janna memang seorang yang suka menyakat rakan artis malah melalui laman Instagramnya juga penyanyi ini sering memuat naik foto-foto lawak seperti tulisannya di bawah ini:

Jadi korang jangan salah sangka ya! Cuma ada juga yang berpendapat masing-masing pun single kalau ada jodoh apa salahnya ya tak?

Tetapi daripada penulisan yang dicatat Sheila Rusly bunyinya macam Sufian dah ada pengganti. Cer korang analisis catatan Sheila ini:

 

SGMS Fas