Categories: Trending

Jom Bayar Saman, JPJ Tawar Diskaun 70% Sepanjang April

Sempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-72, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 70% bagi semua saman dan kompaun yang dikeluarkan oleh pihak penguatkuasa ini.

Pemberian diskaun tersebut berlangsung sepanjang bulan April 2018.

Pengumuman ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datul Ab Aziz Kaprawi, dalam majlis meraikan ulang tahun JPJ peringkat kebangsaan yang berlangsung di Batu Pahat Johor, semalam.

“Selepas berbincang tentang perkara ini dengan Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Kalid, diskaun tersebut adalah bermula hari ini. Pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan diskaun berkenaan perlu hadir ke kaunter JPJ untuk membayar saman atau kompaun terbabit,” ujar Ab Aziz.

Walau bagaimana pun, beliau menambah, diskaun terbabit tidak termasuk dengan saman yang dikeluarkan menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

SGMS Faida