Tidur-Tidur Ayam Maksudnya

Katanya anda yang kuat tidur seorang yang pandai . Ada pula yang berkata ianya adalah cara untuk segarkan minda setelah menghadap kerja mahupun ulangkaji. Tidur ini adalah tidur sementara sahaja

Beberapa minit untuk tidur sementara dan bukan tidur mati ya! Persoalannya tidur-tidur ayam sepatutnya berapa lama anda tidur? Ada yang mengatakan tidur selama 10-20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan mata dan badan. Ada yang perlu dalam 5 minit sahaja . 

Untuk tidur-tidur ayam di pejabat , dinasihatkan agar tidur secara duduk tegak agar tidak terus tidur mati. Nanti ada yang kena marah pula dengan bos

Tidur selama 60 minit atau 1 jam lain pula. Mengikut kajian lebih kepada pemprosesan mimpi kognitif. Dapat bantu anda mengingat infor yang berlaku. Awas bila bangun, mungkin moody atau mamai nanti

Nakkan kelainan apa kata cuba tidur selama 90 minit . Adakah ini penyelesaiannya dimana bukan kreativiti anda dapat tapi lebih mendalam yang dapat anda ingat seperti proses dan kedudukan jua emosi 

Jadi sekarang ini , adakah anda yang tidur-tidur ayam ini dikatakan pandai atau tafsiran tidur-tidur ayam ini sebenarnya kiasan sahaja

SGMS Enal