Categories: Eat Travel

Tak Susah Nak Buat Kek Alphabet Red Velvet Ini. Memang Sedap!

Hujung minggu adalah saat yang terbaik untuk anda menghabiskan masa bersama orang-orang tersayang. Tidak kiralah pergi mengunjungi tempat-tempat menarik mahupun menghabiskan masa saja di rumah. Itu semua terpulang pada anda. 

Jadi, untuk hujung minggu ini jom kita belajar cara nak buat Kek Alphabet Red Velvet yang tengah viral sekarang ini. 

Bahan-bahan untuk kek:

Tepung kek 140 gram

Koko 10 gram

Gula 120 gram

Telur 4 biji

Susu segar 90 ml

1 sudu kecil soda bikarbonat 

1 sudu kecil cuka

1 sudu kecil serbuk ubi

1 sudu kecil ovelet

Sedikit perwarna merah

Sedikit garam

60 ml minyak jagung

Bahan-bahan untuk cream cheese:

200 gram cheese

5 sudu besar gula

250 gram whipping cream

Cara-caranya:

1. Satukan susu segar, cuka dan soda di dalam bekas. Kacau dan biarkan berbuih.

2. Satukan kesemua bahan-bahan untuk membuat kek di dalam bowl kecuali minyak jagung. Pukul menggunakan mixer sehingga kembang. 

3. Selepas itu, masukkan minyak jagung dan gaul sebati.

4. Masukkan ke dalam loyang kek lapis selama 30min pada suhu 145 darjah.

5. Untuk membuat krim pula, satukan cheese dan gula. Pukul hingga kembang dan masukkan whipping cream. Pukul lagi hingga kembang. Sedia digunakan.

6. Apabila kek sudah masak, sejukkan selama 30 min dalam peti sejuk. Kemudian, potong mengikut huruf yang anda ingin kan. (Rujuk video)

7. Paipkan krim dan hias mengikut kreativiti anda. 

Selamat mencuba!

Sumber: Seminit Resepi

tex_admin