Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

Pengasas FashionValet (FV), Vivy Yusof menyarankan agar penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan usahawan tempatan perlu dipertingkatkan.

Vivy yang hadir di Menara Ilham bagi menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, sebentar tadi menyuarakan pendapat usaha ini bersesuaian bagi keperluan pasaran global.

“ Ia perlu diberi perhatian bagi tujuan meningkatkan pelaburan,” katanya.

Dalam masa sama, Vivy menyarankan agar kerajaan memberi lebih sokongam kepada usahawan e-dagang yang memerlukan lebih ramai pakar dalam teknologi untuk menghadapi cabaran masa ini.

“Pada masa sama, usahawan juga perlu bersedia untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi menjadikan mereka lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan orang lain,” kata Vivy. 

Kemahiran terbabit mampu memacu sektor e-dagang tempatan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di peringkat global, tambahnya.

SGMS Faida