Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2025 @ 11:11am

Lima Bulan Beroperasi, Zahnita Wilson Umum Tutup Kedai Pai & Bakeri

Selepas hampir lima bulan beroperasi, model dan usahawan, Zahnita Wilson membuat keputusan menutup kedai pai dan bakerinya yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Perkara itu dikongsi Zahnita, 40, menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya semalam, sekali gus mengejutkan ramai peminat dan pelanggan setianya.

Menurut Zahnita, keputusan itu dibuat selepas menyedari dirinya tidak lagi mampu menanggung tekanan menguruskan perniagaan harian sambil berdepan cabaran peribadi yang semakin menjejaskan kesejahteraan mental dan fizikal.

“Saya dah sampai tahap di mana saya tak boleh teruskan lagi. Tenaga saya dah habis. Jadi, saya putuskan untuk tutup kedai dan kembali buat kek dari rumah saja,” katanya dalam nada sebak dengan wajah yang kelihatan letih.

Katanya lagi, perjalanan mengusahakan kedai tersebut sangat mencabar dan penuh pengorbanan.

“Bukan mudah untuk kendalikan semuanya seorang diri. Terlalu banyak perkara berlaku serentak dan ia sangat memenatkan,” ujarnya.

Dalam video sama, Zahnita turut mengucapkan penghargaan kepada semua pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan sejak awal perniagaannya.

“Saya sangat hargai setiap pelanggan yang pernah datang dan menyokong saya. Terima kasih kerana percayakan saya selama ini,” katanya.

Walaupun berat hati, Zahnita yakin keputusan menutup premis itu adalah langkah terbaik buat masa ini demi kebaikan dirinya sendiri.

Perniagaan yang dinamakan Zahnita Humble Pie itu pada awalnya beroperasi dari rumah penghujung tahun lalu sebelum berkembang menjadi kedai fizikal pada 1 Jun lalu berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Difahamkan, Zahnita memulakan perniagaan itu sebagai sumber pendapatan baharu selepas berdepan kemelut rumah tangga. Tahun lalu, ibu kepada empat anak itu memfailkan penceraian terhadap suaminya, Abd Zackery Ghouse, 47.

Sebelum ini, Zahnita pernah mendedahkan bahawa tekanan rumah tangga yang dialaminya memberi kesan besar terhadap kesihatan mental dan emosinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Penyanyi Pelamin Anganku Musnah Bakal Bikin Comeback?

Azie ditemui ketika menjadi artis jemputan menerusi Showcase Muzik-Muzik 33 yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini memaklumkan dia tidak hilang dari ‘radar’ dan masih aktif membuat persembahan di Sarawak.

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak, Bukan Nak Perli Elyana,” – Dato Vida

Featured Wed, 20 Dec 2023
Featured Wed, 12 May 2021

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di […]

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

[VIDEO] Anak Ridzuan Ridzokumura Berhasrat Sambung Belajar di Luar Negara, Teruskan Legasi Allahyarham Akiko

Ridzuan Ridzokumura sukar lepaskan Sky Taizo Okumura belajar luar negara

error: Content is protected !!