Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 19, 2020 @ 6:01pm

Lompat tali, senaman hebat yang punya banyak manfaat

Lompat tali atau skipping adalah antara senaman yang mudah, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos yang tinggi untuk melakukannya.

Lompat tali memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan antaranya membantu memperbaiki sistem kardiovaskular dan mengurangkan berat badan dengan efektif.

manfaat skipping

Kredit gambar: Fit People

Seorang perunding kesihatan, Dr Muhamad Harif Hussin dari Adreena Rehab & Wellness menerusi Facebook miliknya berkongsi lima kebaikan melakukan senaman lompat tali.

Menurutnya, lompat tali adalah antara senaman yang hebat untuk tubuh badan dan dia sering menyarankan pesakitnya terutama yang mempunyai masalah tulang belakang dan bahagian kaki untuk mengamalkan senaman berkenaan.

Berikut adalah lima manfaat senaman lompat tali yang dikongsinya:

1. Pembakar lemak yang mantap

Lompatan selama satu jam dapat membakar sehingga 1300 kalori dan jika melakukan lompat tali selama 10 minit sama seperti berlari (jogging) sejauh 1.6 kilometer selama 8 minit.

manfaat skipping

Kredit gambar: Facebook Dr Muhamad Harif

2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik

Senaman lompat tali bagus dilakukan oleh mereka yang semakin meningkat umur kerana ia dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam satu masa.

3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki

Lompat tali membantu membentuk otot kaki agar bertambah kuat, justeru kaki sudah bersedia untuk terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan pada bila-bila masa.

manfaat skipping

Kredit gambar: Well Fit and Fed

4. Postur badan bertambah baik

Postur badan akan menjadi bongkok apabila seseorang itu selalu bekerja menghadap komputer. Dengan melakukan senaman lompat tali, postur badan akan automatik berubah menjadi tegak dan mendada.

5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat

Lompat tali juga membantu menguatkan tulang dan otot bagi menampung berat badan.

manfaat skipping

Kredit gambar: Beyond Words

Dr Muhamad Harif turut menyarankan agar senaman lompat tinggi dilakukan sekurang-kurangnya lima minit setiap hari dengan setiap set dilakukan selama satu minit dan rehat 15 saat, kemudian diulang selama lima kali.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Fri, 27 Aug 2021

Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu, Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Dalam satu kenyataan di laman […]

Featured Fri, 26 Jun 2020

Ketahui jumlah kalori dan lemak setiap bahagian potongan ayam

Pilih bahagian yang beri nutrisi berkhasiat

Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❤️❤️❤️

Featured Mon, 7 Jul 2025

“Hari-Hari Saya Akan Call Parents, Itu Dah Macam Ritual” – Alif Satar Anggap Kejayaan Dimiliki Berkat Doa Ibu Bapa & Isteri

Kunci disebalik kejayaan itu adalah meletakkan kemuliaan ibu, bapa dan isteri pada haknya.

familuv Wed, 17 Oct 2018

Menggosok Baju Bayi, Salah Satu Cara Ibu Prihatin Memelihara Kulit Si Kecil

Haba dari seterika boleh membunuh serangga micro yang tidak kelihatan!

Featured Fri, 1 Apr 2022
Featured Wed, 24 Jun 2026

“Jangan Percaya! Tak Ada Orang Nak Bagi Duit Percuma” – Mimi Lana Nasihat Netizen Elak Terpedaya Taktik Scammer

Mimi Lana tegur orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik scammer guna foto selebriti.

error: Content is protected !!