Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops March 5, 2019 @ 11:00am

Mahu kempis perut tapi teknik senaman melecehkan? Ikuti teknik mudah ini

Wanita dan perut buncit berpisah tiada, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Keinginan untuk mengempiskan perut memang tinggi, namun malas bersenam, tiada masa atau mungkin teknik yang digunakan agak leceh menjadi alasan utama yang membantutkan niat seseorang itu.

Jangan risau, Hijab & Heels kongsikan kepada anda video senaman kempiskan perut yang sangat mudah. Jadi, tiada lagi alasan atau kekangan untuk anda tampil kurus dan cantik selepas ini.

senaman kempiskan perut

Foto: Youtube Hijab & Heels

Teknik yang dipaparkan ini dipanggil Curl Up atau Crunch. Senaman bangkit tubi ini memerlukan anda baring di atas lantai dan bengkokkan lutut. Ada tiga cara atau tahap untuk melakukan senaman ini bergantung pada kemampuan anda (rujuk video).

Anda perlu melakukan sebanyak sepuluh kali untuk satu set dan diulang untuk tiga set. Jika anda melakukan setiap hari, anda mungkin akan nampak hasilnya dalam tempoh sebulan.

Bagi mereka yang mempunyai masalah untuk baring terus di atas lantai, jangan risau. Anda boleh menggunakan teknik ‘bosu’ kerana ia praktikal untuk mereka yang mengalami masalah postur badan.

Jom lihat video di bawah untuk rujukan yang lebih jelas. Anda juga boleh layari Youtube HIjab & Heel untuk melihat banyak lagi video-video menarik. Selamat bersenam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Aug 2019
Sihat Fri, 29 Mar 2019

These are the nutrient women need as they grow older

In their 20s, 30s, 40s, 50s and beyond.

Sihat Tue, 15 Oct 2019

Adakah normal bagi sesetengah orang berpeluh ketika tidur?

Ketahui punca bagaimana boleh terjadi!

Featured Thu, 2 Aug 2018

Manfaat ‘Air Orang Kaya’ Yang Perlu Anda Tahu

‘Air orang kaya’ ini boleh mencecah RM15 hingga RM20 sebotol! Agak mahal kan untuk air yang tiada perisa?

Featured Fri, 13 Sep 2019
Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Sihat Wed, 15 Aug 2018

Cuaca Panas Lit Lit Melanda Negara, Anda Berkemungkinan Terdedah 6 Gejala Penyakit Ini

Kesihatan tubuh badan seseorang bukan saja diukur dari segi pengambilan makanan, tetapi juga pengaruh cuaca harian.

error: Content is protected !!