Euforia Bola 2026
Drama By: Padin March 25, 2025 @ 5:38pm

Mahukan Kelainan… Penerbit Angkat Naskhah Adik Beradik, Tampil Elemen Thriller Dalam Rahsia Kelabu

Penerbit Jaja Ishak mengangkat nashkah hubungan adik beradik dalam telefilem Rahsia Kelabu yang bakal bersiaran pada 29 Mac ini, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

Mahukan kelainan dan enggan menumpukan fokus terhadap kisah cinta, Rahsia Kelabu menampilkan lakonan hebat Kamal Adli, Yusof Hashim, Khatijah Tan, Nelissa Nizam, Hazrat Muaz dan ramai lagi.

“Rahsia Kelabu menampilkan kisah antara dua beradik lelaki. Kami memberikan fokus terhadap cerita yang mempunyai tema kekeluargaan dan hubungan adik beradik.

“Menariknya, Rahsia Kelabu mendapat sentuhan pengarah tersohor, Isma Yusoff dan karya ini juga menyuntik elemen thriller dalam jalan ceritanya,” katanya.

Tambah Jaja, Rahsia Kelabu mengangkat realiti kehidupan memaparkan seorang ibu yang mempunyai dua orang cahaya mata namun bersikap pilih kasih dengan anak kesayangannya.

“Ia mengisahkan seorang ibu yang dilakonkan oleh Khatijah Tan, mempunyai dua orang anak namun ibu melebihkan abang sehingga membuat adik rasa tersisih.

“Watak abang bernama Rahimi dilakonkan oleh Kamal Adli manakala watak adik bernama Rizal pula dilakonkan oleh Yusof Hashim. Gara-gara sikap ibunya yang pilih kasih, Rizal memendam rasa dan akhirnya ia menimbulkan dendam,” katanya.

Dalam pada itu, Jaja berharap agar karya terbitan Jaja Ishak Channel Sdn Bhd ini memberi pengajaran yang baik kepada mereka yang menonton.

“Sudah pastinya saya berharap karya terbitan saya dapat sambutan. Namun begitu, apa yang saya benar-benar impikan cuma satu.

“Saya berharap naskhah ini menjentik hati penonton, terutamanya ibu bapa untuk tidak bersikap selektif atau pilih kasih dalam menyayangi anak,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan telefilem Rahsia Kelabu yang bakal bersiaran pada 29 Mac ini, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑:这是世上最好听的声音

「音乐教父」罗大佑暌违六年再踏上大马舞台,摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑满足甜喊 “这是世上最好听的声音。”

Trending Tue, 17 Jul 2018
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Trending Mon, 29 Apr 2019

Di Mana ‘Salvator Mundi’? Misteri Kehilangan Potret Lukisan Paling Mahal Di Dunia

Di mana dan siapa sebenarnya pemilik potret lukisan termahal di dunia bernilai 450 juta?

Trending Thu, 12 Nov 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Adam Rayqal Mungkin Didera Sebelum Meninggal Dunia

Terdapat kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan Adam Rayqal Mohd Sufi.

Featured Thu, 11 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Wanita Menggeletis Di Gambar Atlet Angkat Berat, Sikok Bagi Dua Ustaz Ebit Lew Dikritik & Ramai ‘Flex’ Fungsi Apple Pay, Pengguna Samsung Bitter?

Alamak, ramai betul wanita yang teringin nak tidur dekat lengan atlet kita. Wow Ustaz Ebit Bersikok Duo? Apple Pay & Samsung Pay berbalah? Apa kes? Semua yang menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Fazley Yaakob Naik Pelamin Lagi?

Hasrat untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya bakal dikotakan pada November depan.

error: Content is protected !!