Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2026 @ 12:30pm

‘Main-Main’ Jadi Pengantin, Komen Shila Amzah Terhadap Aina Abdul Curi Perhatian

Perkongsian penyanyi terkenal, Aina Abdul menerusi platform media sosial miliknya mencuri perhatian apabila dia tampil menggayakan kemeja putih dan bergaun hitam yang dipadankan bersama veil mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Threads,  Aina dilihat anggun mengenakan persalinan berkenaan apatah lagi mengambil konsep daripada lagu terbaharunya berjudul, Berjauh-an.

“Anorher day of ‘main-main’ jadi  pengantin. Jangan lupa stream berjauh-an okay,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi Shila Amzah tampil tampil memebrikan respons terhadap hantaran berkenaan beserta kapsyen mengusik penyanyi itu.

“Main-main… nanti betul-betul,” selorohnya.

Terdahulu, Aina kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Berjauh-an’ yang dilancarkan pada 24 April lalu.

Lebih menarik, lagu tersebut dipilih sebagai single utama untuk album kedua yang dijangka menemui peminat tahun ini, sekali gus memberi bayangan awal terhadap hala tuju muzik dan konsep yang bakal dibawakan.

Untuk info, ‘Berjauh-an’ mengangkat kisah hubungan yang diuji oleh jarak dan masa, menyelami perjalanan emosi apabila perasaan yang dahulunya kuat semakin pudar hingga akhirnya terpaksa dilepaskan.

Lagu ini turut menyaksikan kolaborasi bersama Vega Antares Setianegara, produser dari Indonesia yang dikenali dengan sentuhan muzik moden dan emosional. Kerjasama ini memberi nafas baharu dari segi bunyi dan susunan muzik, menjadikan karya tersebut lebih segar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Elyana Selesai Sesi Pertama Radioterapi

Penyanyi berusia 30 tahun itu memberitahu keadaanya lebih baik berbanding beberapa hari lalu namun dia lebih berhati-hati dalam menjaga makan.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Accused Of Chasing Clout Using BLACKPINK Rosé’s Picture

Maybe he was just being a fanboy trying to show his support for his idol, but maybe BLINKS took it too far?

Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Aman Aziz Hadiahkan Peminat dengan ‘Ching Ching Raya’

Wah dah lama tak tengok Aman Aziz menyanyi

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Dah La Berkain Pelikat Jer, Hannah Delisha Kongsi Saat Cemas!

Tiba-tiba Hannah rasa geli di kaki…euwwww, apa agaknya tu?

error: Content is protected !!