Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 9, 2025 @ 6:00pm

Makin Meledak Di Indonesia! Sarung Busana Rekaan Ivan Gunawan, Anna Jobling Tampil Memukau Di Tayangan Perdana Filem Sukma

Pelakon jelita Malaysia yang semakin mencipta nama di Indonesia, Anna Jobling, mencuri perhatian ramai apabila tampil di tayangan perdana filem terbarunya Sukma yang berlangsung meriah di Jakarta, malam tadi.

Kehadiran Anna nyata menjadi tumpuan media dan peminat, sekali gus membuktikan popularitinya yang semakin kukuh di seberang.

Filem Sukma merupakan projek ketiga Anna di Indonesia, menjadikan pelakon berusia 24 tahun itu antara wajah baharu Malaysia yang berjaya menembusi pasaran filem serantau.

Kehadirannya dalam naskhah ini sekali lagi menegaskan kemampuan bakat muda Malaysia bersaing di pentas antarabangsa.

Di acara karpet merah, Anna tampil glamor dan menawan dalam persalinan rekaan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.

Penampilannya mencuri perhatian lensa kamera sepanjang malam, malah ramai peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menyapa dan merakamkan momen bersama bintang drama Melur Untuk Firdaus itu.

Sukma diarahkan oleh pelakon dan penerbit terkenal Indonesia, Baim Wong. Naskhah ini turut menampilkan barisan pelakon hebat Indonesia seperti Christine Hakim, Luna Maya, Fedi Nuril dan Oka Antara.

Bakal ditayangkan di Indonesia bermula 11 September, filem Sukma juga dijadualkan untuk tayangan di Malaysia pada bulan hadapan, sesuatu yang pastinya dinantikan peminat Anna di tanah air.

Dengan penglibatan dalam Sukma, Anna terus membuktikan dirinya bukan sekadar fenomena di kaca televisyen, tetapi juga bintang muda yang serius mengukuhkan nama di layar perak antarabangsa. Peminat pastinya menantikan lebih banyak kejayaan daripadanya selepas ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Dec 2019

Julian Yee, Farah Ann, and 8 More Athletes Who Won Gold Medals At The 2019 SEA Games

Malaysia has picked up 11 gold, three silver, and 10 bronze medals within two days of the games.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Filem Fri, 31 May 2024
Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Tak Salah Lelaki Muda Bercinta Dengan Wanita Berusia” – Mierul Aiman

Mierul Aiman anggap netizen masih belum terbuka isu bercinta dengan wanita berusia

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

‘Kawan Segan Nak Berlawak Dengan Saya Sebab…’- Thai Kongsi Pengalaman Selepas Berhijrah

Pengarah Terbaik di Festival Teater Kuala Lumpur 2005 ini turut berkongsi kisah di mana ada di antara rakan-rakan lama yang segan ketika duduk semeja. 

Hiburan Fri, 14 Apr 2023

Tanda Penghormatan Karya Malaysia, Charly Setia Band Tampil Dengan Single Bukan Ku Tak Sudi

Best jugak lagu legend Bukan Ku Tak Sudi version charly ni!

Featured Wed, 25 Sep 2024

“Fattah Amin Belum Sedia Lepaskan Fazura” – Peguam

Allahu, sebak kin tengok Fattah ni💔💔💔

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Katanya Emma Maembong, Syed Abdullah Sudah Bernikah?

Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?

error: Content is protected !!