Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 7, 2022 @ 7:16am

“Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2CM” – Cerita Detik Melahirkan Bilal, Neelofa Berterima Kasih Kepada PU Riz

Pengacara dan usahawan ternama, Neelofa, 33, menceritakan detik ketika bersalin anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz pada 29 Januari lalu, Neelofa mendedahkan perkara terbabit di ruangan Instagram Stories.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, pada awalnya dia seakan-akan tidak percaya sakit yang dialami adalah petanda dia bakal melahirkan Bilal.

“Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni sebab macam leblih kurang period pain je… (senggugutku sangat ekstrem ya setiap bulan).

“Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and I was like… ye ke sayang? Kot-kot false alarm. So I started to record setiap kali sakit,” tulisnya.

Neelofa turut mendedahkan sekitar jam 1 pagi pada tarikh 29 Januari, dia sudah pun berada dalam bilik bersalin.

“So by 1 am, I dah terbaring di labour room… masih clueless, betul ke dah nak beranak ni?

“Pak Ustad (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2 sentimeter,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Anak Abah Jadi Anak Yang Baik” – Netizen ‘Touching’, PU Riz Titip Pesanan Buat Bilal

Tambah mantan hos program Nona ini, dia mengalami tempoh kontraksi selama beberapa jam sebelum proses bersalin dipermudahkan.

“Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.

Neelofa turut memuji Haris yang sentiasa menemani dirinya ketika proses kelahiran Bilal.

“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari/momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin.

“Terima kasih for everything. Alhamdulillah syukur atas segala kurniaan Allah swt,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Neelofa dan Haris selamat dinikahkan pada satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Mar 2025

Ketua Polis Selangor Sahkan Wanita Warga Jepun Ma*t Terjatuh Dari Kondominium Adalah Isteri Ridzokumura

Beliau turut memaklumkan bahawa suami mangsa telah dipanggil bagi memberikan keterangan.

Featured Sat, 22 Nov 2025

“Tak Normalisasikan Budaya Songsang, Saya Hanya Kongsi Iktibar” – Ieda Moin

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin akhirnya tampil menjelaskan isu tular mengenai kenyataannya sebelum ini yang dianggap menormalisasikan budaya songsang.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

error: Content is protected !!