Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 12, 2018 @ 1:15pm

Mata Stress Sebab Komputer? Ini 8 Cara Kurangkannya!

Dalam sehari, berapa lama anda mengadap atau bekerja menggunakan komputer? Lima atau enam jam itu perkara biasa. Malah ada yang lebih daripada itu. Jadi, mesti berhadapan dengan masalah mata penat, stress atau bahasa inteleknya, Computer Vision Syndromes (CVS).

Untuk melegakan stress mata anda, Optometris, Fair Sulaiman nasihatkan anda ikuti langkah berikut:-

1. Dapatkan pemeriksaan mata secara menyeluruh daripada optometris bertauliah.

2. Gunakan lampu yang bersesuaian.

3. Elakkan berhadapan dengan permukaan berkilat.

4. Selaraskan setting skrin komputer mengikut kesesuaian pandangan mata. Jangan terlalu mendongak atau terlalu rendah. Pastikan ia selaras dengan kedudukan mata.

5. Tetapan saiz tulisan yang tidak terlalu kecil di skrin komputer atau zoom in skrin komputer.

Skrin laptop atau komputer yang kecil juga salah satu penyebab mata cepat penat atau stress.

6. Kelipkan mata dengan lebih kerap.

7. Jangan terus-terusan memerhatikan skrin komputer, sebaliknya rehatkan mata untuk setiap 20 minit.

8. Penggunaan kanta yang mempunyai UV BLUE bagi menghalang 99.9 % kemasukan UV Blue Light yang boleh merosakkan sel-sel dalam mata yang sememangnya sensitif pada cahaya.

Selain itu, anda juga digalakkan menjalankan pemeriksaan mata secara berkala untuk kesihatan mata yang optimum. Berikut jadual pemeriksaan mata untuk dewasa dan kanak-kanak.

0 – 17 tahun : Setiap 6 – 12 bulan

18 – 39 tahun : Setiap 1- 2 tahun

40 – 60 tahun : Setiap 1 -2 tahun

61 – ke atas : Setiap 6 – 12 bulan

Mereka yang berisiko tinggi seperti pengidap diabetes, darah tinggi, dah HIV Aids digalakkan menjalani pemeriksaan mata menyeluruh pada setiap 6 bulan.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Tips Menabung Bagi Anda Yang Nak Pergi Travel Banyak Negara!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk travel  ke setiap negara yang mereka suka.

Featured Fri, 11 Jan 2019
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

5 Cara Atasi Bau Mulut Hanya Menggunakan Baking Soda

Masalah bau mulut biasanya akan mengganggu proses kehidupan seharian kita.

Gaya Hidup Mon, 4 Jun 2018

Ini Cara Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Baju, Mudah Saja!

Jangan dibuang baju yang ada bintik hitam. Sebaliknya ikuti cara ini untuk menghilangkannya.

Gaya Hidup Fri, 2 Nov 2018

Jangan Cuba-Cuba ‘Chup’ Parking Kalau Tak Mahu Meringkuk Enam Bulan Dalam Penjara

Penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

Gaya Hidup Wed, 9 May 2018

Ikuti Tip-Tip Ini Jika Anda Selalu Menggunakan Komputer, No. 3 Paling Penting!

Tak kiralah penggunaan desktop atau laptop, tip-tip atau hack ini memang khas untuk anda.

Featured Mon, 18 May 2020
Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Featured Tue, 23 Oct 2018

Beradu Sambil Ditemani Haiwan Marin, Bilik Neelofa RM208,000 Satu Malam, Wow!

The Muraka memberikan pengalaman seolah beradu di dalam akuarium!

error: Content is protected !!