Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 17, 2024 @ 7:58pm

Mawi Gembira Filem Arahan Dapat Sambutan Positif

Kisah benar pendakwah ternama, Datuk Ustaz Kazim Elias atau Ustaz Kazim berhadapan dengan gangguan mistik dalam filem Zim Zim Ala Kazim berjaya menarik minat kaki wayang di seluruh negara.

Filem arahan dan terbitan selebriti serba boleh, Mawi ini berjaya mencatat kutipan RM1 juta selepas tiga hari ditayangkan di pawagam.

Menurut Mawi, dia gembira dengan perkembangan positif ini dan merasakan keputusan untuk membawa filem ini ke pawagam sebagai satu usaha yang berbaloi.

“Syukur Alhamdulillah, respons peminat menggembirakan hati saya dan semua yang terlibat dalam filem Zim Zim Ala Kazim. Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, naskhah Zim Zim Ala Kazim pada asalnya adalah untuk tayangan platform penstriman over the top (OTT).

“Namun, selepas berbincang, saya mengambil keputusan untuk membawa filem ini ke layar perak. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ia membuahkan hasil yang baik,” katanya.

Mawi juga berharap filem kedua arahannya ini dapat menambat hari orang ramai yang masih belum menonton Zim Zim Ala Kazim.

“Filem ini banyak menerima komen baik, jadi saya rasakan ia menjadi antara faktor filem Zim Zim Ala Kazim diterima. Saya berharap mereka yang belum menonton boleh meluangkan masa ke pawagam dan memberi sokongan terhadap filem yang mengangkat kisah benar Ustaz Kazim ini,” katanya lagi.

Selain Ustaz Kazim dan Mawi, filem terbitan Mawi World Entertainment Sdn Bhd itu menampilkan Bell Ngasri, Anas Tahir, Shanthesh Kumar, Elvina Chua, Man Raja Lawak, Maimunah Ahmad dan ramai lagi.

Zim Zim Ala Kazim mengisahkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal. Mereka kemudian menemukan sesuatu yang pelik dan mendapati Ustaz Kazim dalam bahaya, lantas mengambil keputusan menyelamatkannya.

Zim Zim Ala Kazim adalah filem kedua arahan dan terbitan Mawi yang ditayangkan di pawagam selepas filem Tiada Tajuk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 10 Apr 2026

“Memang Tak Senang Duduk!” – Sherry Alhadad Puji Lakonan Beto Kusyairy Dalam Gayong 2

Kata Sherry Alhadad, naskhah ini bukan sekadar hiburan biasa, sebaliknya memberikan pengalaman menonton yang benar-benar mencengkam perasaan

Hiburan Sun, 7 Aug 2022

Pukau Penonton DFP, Aishah Bersyukur Konsert Berjalan Lancar Biar Berdepan Banyak Dugaan

Meskipun mengharungi pelbagai dugaan, penyanyi Datuk Aishah, 57, tetap berjaya memukau penonton dengan vokal  padunya  menerusi konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam tadi. Diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), […]

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Pakai Baju Kelawar Isteri, Jadi Hantu.. Pakailah Elok-Elok Untuk Ambil Vaksin” – Hafiz Hamidun

Penyanyi, komposer dan penerbit muzik, Hafiz Hamidun memberikan nasihat supaya orang ramai berpenampilan elok serta bersesuaian ketika mendapatkan vaksin. Menurut pelantun lagu Jodoh Berdua ini, sebarang gimik keterlaluan dalam berpakaian tidak diperlukan ketika mengambil suntikan […]

Featured Mon, 15 May 2023
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Sajat Marah Haters Secara Live!

Sebelum melakukan persembahan bersama penari-penari pilihan Sajat, beliau sempat lagi beramah mesra bersama peminat dan juga haters beliau secara live. Haa, tengok tu! Siap marah dan block haters tau. Jangan main-main!

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Jangan Ungkit Kisah Lama, Hanez Dah Lupa

Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya. Dengar tu, Awi..

error: Content is protected !!