Euforia Bola 2026
Konsert By: Fatin Nurain June 23, 2024 @ 3:14pm

Meriah! Jiwa Kacau 2024 Galaukan Hati 15,000 Penonton… Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Band terkenal tanah air Masdo, Insomniacks, Hujan, Bunkface dan penyanyi, Luqman Pudolski tampil membuat persembahan bertenaga di Showcase Jiwa Kacau 2024 yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi.

Persembahan memukau kumpulan-kumpulan tersebut sekali gus berjaya menghiburkan malam 15,000 penonton yang hadir ke acara itu.

Lebih menarik lagi, showcase itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan terkenal Indonesia, Nidji yang berjaya membuat hati para penonton lebih galau.

Kredit Foto: Echolalia Pictures

Dalam pada itu, showcase tersebut turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records sempena konsert pertama yang dijalankan di stadium tersebut.

Menerusi konsert malam tadi, Luqman telah membawakan enam buah lagu iaitu Bahaya, Kembar, Myvi, Mungkin Aku Tak Penting, Kalau Kau Rindu dan Ring Ring.

Sementara itu, Kugiran Masdo pula telah membawakan lapan buah lagu iaitu, Medley La Obe + Janji Manis, Miss Flower Learn To Twist, Inilah JalanNya, Berduka Lara, Perih Jerih, Dinda, Malam Pesta Rock & Roll dan Berchanda,

Showcase itu turut menyaksikan kumpulan Insomniacks mendendangkan sebanyak enam lagu iaitu Igauan Malam, Reminisensi, Teman, Kepala Batu, Sempurna dan Pulang.

Lebih mencuri perhatian, kumpulan Nidji telah membawakan lapan lagu yang di antaranya, Sumpah dan Matiku, Laskar Pelangi, Hapus Aku dan Biarlah.

Dalam pada itu, Hujan turut tampil membuat persembahan bertenaga dengan menyampaikan lapan buah lagu antaranya, Kotak Hati, Pagi Yang Gelap, Aku Skandal, Amoi Cantik dan Obsesi.

Sebagai acara penutup, showcase tersebut turut dihiburkan dengan penampilan Bunkface yang membawakan tujuh lagu seperti, Malam Ini Kita Punya, Revolusi, Situasi, Rentak Laguku dan banyak lagi.

Foto Ihsan: Echolalia Pictures

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini

Featured Sat, 24 May 2025

Konsert ‘Desaku Mendunia’ Raikan MAWO, Tampil Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah

MAWO bakal harum nama negara di Prague, Republik Czech.

Konsert Mon, 4 Sep 2023

Santai & Penuh Kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Sukses

Konsert penyanyi popular, Faizal Tahir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia. Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur merupakan konsert sulung pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir sepanjang 17 tahun […]

Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Konsert Wed, 13 Dec 2023
Acara Sun, 4 Dec 2022
error: Content is protected !!