Hiburan By: Del14 January 30, 2020 @ 5:28pm

Ayie Floor 88 Tak Sabar Untuk Kembali!

Melepas lah hasrat pelakon, penyanyi dan pelawak Zizan Razak untuk mengganti penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie apabila dikhabarkan kini Ayie telah pulih daripada masalah peti suara dan vokal terkoyak. 

Menurut Ayie atau nama penuhnya Nik Fadlee Elhamshah, dia mengambil masa kira-kira dua minggu untuk mendapat rawatan dan rehat yang mencukupi supaya dia boleh pulih seperti sedia kala dan terus menghiburkan peminat Floor 88.

Akhirnya, walaupun pada mulanya takut untuk berjumpa doktor, dia akur dan mendapati masalah kesihatan yang dihadapi membabitkan peti suaranya yang koyak dan memerlukan dia berehat selama lebih kurang tiga minggu. 

“Alhamdulillah, saya kini makin sihat.  Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya untuk segera pulih. Saya sudah baik sekarang dan kepada keluarga, rakan, peminat termasuk syarikat rakaman, terima kasih diucapkan.

“Saya sudah bersedia untuk menyanyi semula. Nantikan kemunculan saya bersama Floor 88 nanti.  Terima kasih juga kepada doktor yang merawat dan nasihat diberikan,” katanya kepada Harian Metro. 

Sebelum ini, Ayie dilaporkan rebah di atas pentas ketika menyanyikan lagu Aqilah dalam Konsert Gempak Negeri FM di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. 

Ketika ditemui dia Era Digital Muzik Awards 2020 (EDMA 2020) tempoh hari, Ayie berkata dia bukan pengsan tetapi hanya pitam. 

Menurut Ayie, pada hari kejadian, dia sudah mula sakit tekak dan pening kepala tetapi dia masih cuba untuk menyanyi sebelum pitam. 

Malah dia juga menafikan yang dia melakukan gimik ketika rebah di atas pentas di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. 

“Hanya orang yang bodoh yang akan buat gimik depan Tuanku, sebab kita semua tahu dengan institut diraja ni ada protokol yang perlu kita patuhi.  Jadi kalau kami nak buat gimik pun, bukan pada masa itu. Tak sesuai,” ujar Ayie kepada XTRA. 

Floor 88 popular dengan lagu seperti Zalikha, Aqilah, Roadblock Hatiku dan Hutang dan dianggotai Eric Fuzi (keyboard), Achoi (gitar), Faliq (bass), Akram (dram) dan Amir (gitar). 

Kredit Foto: Instagram @ayieelhamf88

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

Hiburan Tue, 27 Nov 2018
Featured Tue, 21 Jun 2022

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Alhamdulillah. Janjih tak buta lagi okay!

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

东于哲「30小时不睡觉」拍摄《黑白说》MV

东于哲暌违两年推出新歌《黑白说》回归本地乐坛!为了把MV呈现最好的视觉效果,两人和制作团体牺牲了睡眠时间,足足用了30个小时。

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Kini Fathia Sudah Hilang Sabar?

Nampaknya, pelakon Fathia Latiff sudah hilang sabar dan mula membuka mulut menerusi laman Twitternya…