Filem By: Salma Syahbuddin July 11, 2019 @ 6:00pm

Betul Ke Ustaz Hamadi ‘Hidup Semula’?

Bagi peminat drama rantaian popular Nur, mungkin ini adalah berita baik buat korang semua kerana drama popular ini bakal dibawa ke layar perak.

Namun, apa yang membimbangkan penerbitnya, Shahrulezad Mohameddin adalah watak jahat Ustaz Hamadi yang semestinya paling ditunggu-tunggu. Justeru itu, beliau sendiri perlu meyakinkan Azhan Rani yang juga pelakon watak terbabit untuk menjayakan semula karakter jahatnya itu.

Sumber : Instagram @budakijat

Bagi pihak produksi Radius One Sdn Bhd, pihak mereka boleh sahaja menukar jalan cerita demi menghidupkan kembali watak jahat tersebut.

“Saya perlu berjumpa Azhan bagi menyakinkan dirinya, dengan apa cara sekalipun namun ketika ini, Azhan masih berada di Sabah kerana terikat dengan pementasan di Sabah. 

” Untuk mewujudkan watak Ustaz Hamadi, kami turut menerima beberapa cadangan lain untuk terus mewarnai watak ustaz Hamadi termasuklah mewujudkan karakter lain. Perbincangan dan pertemuan lanjut memang perlu dibuat segera., bukan dengan Azhan sahaja sebaliknya dengan bersama pelakon lain juga.” Katanya.

Sumber : Instagram @azhan_rani

Sebelum ini , Shahrulezad mengumumkan bakal mengangkat drama lakonan Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaludin Hassan, Raja Atiq dan Azhan Rani itu ke layar perak pada tahun hadapan. Dan, keputusan itu nampaknya mendapat reaksi positif daripada peminatnya.

Jadi buat peminat setia drama popular ini, filem Nur akan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios. Korang mesti tak sabar kan? Tunggu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 12 Oct 2018

真人版《阿拉丁》前导预告曝光!

迪士尼最新真人版电影《阿拉丁》(Aladdin)公开首支前导预告!片中可看到男主角和神灯首次现身~

Filem Thu, 28 Dec 2017

5 SEBAB KORANG WAJIB LAYAN FILEM SERAM ABAD INI!

Walaupun baru 4 bulan ditayangkan ternyata filem ini berjaya menghantui para peminat filem Indonesia dan Malaysia.

Filem Sat, 11 May 2019

SANGKAR Gegar Pawagam Ogos 2019

Buat julung kalinya syarikat media Malaysia, Media Prima dan Astro melalui bahagian penerbit filem masing-masing, Primeworks Studios dan Astro Shaw bersama produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment bergabung usaha dalam menerbitkan sebuah filem MMA (Mixed […]

Filem Thu, 29 Mar 2018

病危男孩等不到上映《复仇者联盟》英雄全出动

《复仇者联盟3:无限之战》距离上映时间不到一个月,许多影迷都非常期待,但对于病重的Emilio来说,他可能等不到那一天,而他的愿望就是想见片中的英雄;一名女主播在推特上写下他的愿望,成功钓出剧中英雄都回应。

Filem Tue, 6 Aug 2019
Filem Wed, 22 Aug 2018
Filem Tue, 27 Mar 2018

全新真人秀《了不起的Z世代》招募9至12岁的战士

八度空间全新少年实况真人秀《了不起的Z世代》,现已正式公开网上招募9岁至12岁并且能以通晓中文的战士参与!

Featured Thu, 2 Mar 2023