Hiburan By: SGMS Faida May 3, 2019 @ 1:36pm

Cubaan Keluar Zon Selesa, Fariz Jabba Pertaruh ‘MASA’

Fariz Jabba membuktikan dia lebih daripada sekadar penyanyi rap menerusi single terbarunya berentak R&B, Masa, di mana pemuzik serba boleh itu menunjukkan nyanyian sensasinya dan rentak tari yang cukup progresif.

Lagu terbitan Flightsch itu adalah single kedua artis berusia 22 tahun berkenaan, di mana ia disadur dengan semarak cita-cita muzikal serta pencapaian baru untuk meletakkan Fariz Jabba selangkah ke depan dari zon kontemporarinya.

Kurang daripada setahun selepas tampil dengan single pengenalannya, Fariz Jabba terbukti berkembang dan melangkaui masa sebagai pemuzik, penulis lagu, dan penghibur dengan lancar di kala yang lain ambil masa berbuat demikian.

Muzik video yang diarahkan dan koreografinya dicipta Alif Aircho, mengangkat serta melangkaui segala batasan yang kerap membantutkan seseorang artis itu untuk terus berada dalam satu haluan saja.

Masa adalah kenyataan bidas Fariz Jabba bahawa artis perlu ada formula atau diletakkan dalam satu kotak saja. Penggambaran serta suntingan lagu yang menampilkan gerak tari itu dibuat oleh The Island Boys Collective.

“ Menyanyi dan menari sentiasa menjadi obses saya sejak daripada kecil. Saya ingat lagi saya sering menonton persembahan secara langsung Chris Brown dan Michael Jackson hari-hari semata-mata mahu meniru pergerakan mereka dan berangan saya sedang menarikan lagu sendiri di pentas.

“ Akhirnya, kini saya berada di laluan yang sama dengan idola saya itu. ‘Masa’ terlalu istimewa dalam hati saya disebabkan ia lagu R&B dan lagu cinta pertama saya tulis dalam bahasa melayu. Saya sangat berharap mesej lagu ini akan sampai kepada semua sebagaimana yang saya inginkan,” katanya.

Artis naungan M03 Records (cawangan Kartel Records) berasal dari Geylang Serai, Singapura itu sentiasa percaya amat penting untuk sentiasa bekerja-keras meskipun ramai menaruh harapan rendah padanya demi menghidupkan impian sejak kecilnya. Enggan terikat dengan harapan orang dan mahu mencipta legasi sendiri, Fariz Jabba berkarya dengan misi untuk mencetuskan inspirasi serta mengangkat semangat orang ramai menerusi cara penceritaannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023
Anugerah Wed, 11 Jan 2023

Michelle Yeoh Pelakon Malaysia Pertama Memenangi Anugerah Golden Globe!

Congratulations!! Kalah semua pelakon hebat lain, cayalah Michelle Yeoh!

Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。

Hiburan Thu, 10 May 2018

谁那么大胆!小劳勃道尼「900万钢铁人装甲」被偷了

「复仇者联盟」在电影里打击犯罪,拯救宇宙,没想到在现实生活中竟然成为受害者,一副小劳勃道尼(Robert Downey Jr.)曾穿过的钢铁人装甲被偷了!