Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2019 @ 11:29pm

‘Kami ‘Okay’ Je…’- Fitri Haris

Penyanyi, Fitri Haris mengakui hubungannya bersama anggota kumpulan UNIC boleh dianggap sebagai ‘okey’ sahaja buat masa ini.

Sebelum ini, kumpulan dianggotai oleh Fakhrul, Bazli dan Najdi kesal dengan tindakan Fitri masih menyanyikan lagu mereka setiap kali menjayakan persembahan.

“Kalau melihat secara mata kasar, kami ‘okey’ saja cuma ada beberapa perkara belum selesai sepenuhnya.

“Apa boleh saya katakan, perkara ini masih dalam proses untuk diselesaikan dengan cara terbaik,” katanya.

Fitri ditemui pada sidang media konsert Nur Ramadan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), berkata dia sudah dinasihati untuk berhati-hati daripada memberi sebarang kenyataan berkaitan.

“Apa sekali pun saya akan buat kenyataan cuma bila belum tahu lagi. 

“Apa yang boleh saya cakap secara paling tepat, hubungan kami hanya bersandarkan profesional, itu saja,” katanya.

Dalam pada itu, Fitri mendedahkan diminta penganjur konsert Nur Ramadan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 27 April ini, untuk menyanyikan dua lagu UNIC.

Katanya, pada asal senarai lagu pilihannya adalah Yang Terindah versi GGV, Wahai Kekasihku dan Hanya Tuhan Yang Tahu 2018.

“Kemudian selepas itu dapat mesej dari penganjur (DBKL) untuk tukar dari Yang Terindah versi GGV kepada Zinnirah versi GGV.

“Saya dapat tahu perkara ini agak lambat, saya ada bertanya pada pihak pengurusan, okey ke tidak (nyanyikan lagu UNIC) padahal saya ada mencadangkan lagu Suara Azan dan Hanya Kamu (duet dengan Awi Rafael),” katanya.

Bagaimana pun, Fitri percaya penganjur ada sebab tersendiri meminta dia menyanyikan lagu UNIC walaupun kumpulan itu turut dijemput membuat persembahan pada malam 27 April nanti.

“Kalau penganjur nak kami nyanyi sama-sama saya terima saja. Saya nyanyi ikut apa yang diminta penganjur,” kata Fitri.

Selain Fitri dan UNIC, artis lain turut terbabit dalam konsert bermula jam 8.45 malam itu adalah Hafiz Hamidun, Lah Ahmad, Akhil Hayy dan kumpulan Mirwana.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 15 Jul 2022
Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Hiburan Sun, 28 Nov 2021

“Nak Pasang Badan Semula… Tapi Bila Pergi Gym Hairan Perut Tak Kecil” – Anak Kedua Baru Cecah 6 Bulan, Fiza Frizzy Kini Hamil Anak Ketiga

Biarpun anak keduanya baru sahaja berusia enam bulan, pengacara Fiza Frizzy, 33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Dedah pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya. […]

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

“Kalau Dah Bantu Secara Peribadi, Tak Payah Share, Cukup Sekadar….” – Ajak

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpendapat bantuan secara peribadi yang dihulurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan tidak perlu dihebahkan. Mengulas mengenai peranan selebriti untuk membantu golongan yang dilanda kesusahan tatkala pandemik ini, Ajak lebih […]

Featured Wed, 24 Aug 2022
Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020