Hiburan By: SGMS Faida January 27, 2020 @ 7:00pm

Kongsi Gambar Suplemen Untuk Hamil, Peminat Siti Nurhaliza Ikut Teruja!

Perkongsian sekeping foto makanan tambahan untuk hamil nampaknya mencuri perhatian netizen.

Rata-rata peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja dengan entri berkenaan. 

Menurut Siti ia adalah sebagai persediaan sahaja dan belum ada sebarang berita kehamilan untuk dikongsikan.

 “Ia hanya persiapan dan belum ada apa-apa lagi. Lagi pula, makanan tambahan itu tidak ada dijual di Malaysia,” katanya kepada Harian Metro.
 
Di Instagram Story, Siti menulis kapsyen yang memberikan sedikit pembayang mengenai persiapannya untuk menimang cahaya mata kedua.
 
“Standby (persediaan) untuk adik Aafiyah,” tulisnya di Instagram Story.

Sebelum ini, Siti pernah berkongsi mengenai usahanya untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

“Insya Allah, sebab usia saya pun makin meningkat. Saya mensasarkan timang anak kedua sebelum usia 43 tahun.

“Walau bagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosedur sama macam dulu iaitu IVF.

“Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, Insya Allah. Ini semua rezeki Allah. Kalau letak, ia menjadi, begitulah sebaliknya.

“Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa. Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti selepas sekian lama,” katanya.

Terdahulu, pada 2017, Siti berkongsi berita kehamilannya ketika usia 38 tahun iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.

Siti selamat bersalin anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Wed, 3 Jan 2018

CELEBRITIES ARE SLAMMING LOGAN PAUL FOR HIS VIDEO OF SUICIDE VICTIM IN JAPAN

Logan Paul recently posted a vlog of his trip to the Aokigahara Forest in Japan and proceeded to make fun of a suicide victim when he discovered the body. This has lead to severe backlash. Even celebrities are extremely upset about his actions.

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Miley Cyrus Idam Cahaya Mata Tahun Ini

Auwww, mesti comel kan anak Miley & Liam ni nanti?

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.