Hiburan By: SGMS Faida January 14, 2020 @ 1:24pm

‘Please…Not Now’ – Ezlynn

Mungkin sudah penat untuk menerima lelaki dalam hidup, penyanyi Ezlynn mahu ‘rehat’ dari mengenali hati budi atau berkenalan buat masa ini.

Penyanyi dengan nama sebenar Azline Ariffin memaklumkan dia mahu fokus untuk memantapkan perniagaan jamu Aura Kasih berbanding memikirkan soal teman hidup.

Please…not now. Itu sahaja yang boleh saya jawab setiap kali orang tanya mengenai pasangan hidup.

“Bukan memilih atau sebagainya, saya mahu mengukuhkan perniagaan dan kewangan saya dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali kedua. Kali kedua, saya janji mahu lebih berhati-hati,” katanya kepada Xtra ketika ditemui pada majlis pelancaran platform e-dagang TT Live Mall baru-baru ini.

Pada majlis itu, Ezlynn dijemput menyampaikan beberapa buah lagu selain Datuk DJ Dave serta menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara negara-negara luar yang terlibat dengan TT Live Mall selepas acara perasmian disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md. Yusof.

Sebelum ini, Ezlynn mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka bangsa asing namun tidak pernah mendedahkan siapa gerangannya. 

Tambahnya, mereka sudah lama berkawan, namun dia belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai perancangan membawa hubungan berkenaan ke peringkat lebih serius.

“Kalau boleh saya mahu elak soalan tentang kahwin. Tahun 2020 saya mahu fokus dalam karier, itu lebih baik. Soal jodoh, not now,” akhirinya yang merancang keluar dengan single terbaharu tidak lama lagi. 

Ezlynn berkahwin dengan Adam Fahmy, yang juga bekas pengurusnya, pada 20 November 2011. Mereka bercerai pada Oktober 2017.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

AMOi-AMOi叹《就爱自拍》MV重拍2次像流产落胎

历经一波三折,AMOi-AMOi终于推出《就爱自拍》最新MV!迟了3个月才推出的成品,让成员直呼心情像流产般失落。

Hiburan Sun, 23 Jun 2019

Tahniah Ain! Tamatkan Zaman Bujang 13 Disember Ini

Wah, cantiknya Ain dalam persalinan berona pastel ni kan? setuju tak?

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Jualan Akhir Tahun 2019 Genting Highlands Kini Bermula, Rebut Tawaran Hebat Ini Sekarang!

Yesza! Cepat serbu YES (Year End Sale) hanya di Genting Highland!

Featured Wed, 28 Dec 2022

Bekas Suami Zarina Anjoulie Berkahwin Dengan Niqabis, Netizen Puji Cantik Macam Neelofa!

Alhamdulilah, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia selalu