Hiburan By: SGMS Enal December 6, 2017 @ 9:26am

Riz Amin Jadi ‘Mangsa’ Polis Evo 2 Yang Seterusnya.

Sesi penggambaran untuk sekuel filem aksi terbaik 2016 Polis Evo, sedang giat berlangsung ketika ini. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zizan Razak dan Shaheizy Sam sudah pasti seluruh peminat filem tanah air tidak sabar untuk menantikannya. Dalam tempoh penggambaran itu pelbagai kecederaan yang dialami para pelakon demi mendapatkan aksi yang terbaik khas untuk peminat filem aksi di Malaysia.

Selepas Zizan Razak kali ini giliran Riz Amin pula mengalami kecederaan dalam sesi penggambaran tersebut. Riz Amin atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, mengalami kecederaan lutut kiri selepas tersungkur ketika melakukan babak aksi. 

Menurut pelakon tinggi lampai itu dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. 

“Bukan senang nak jadi pelakon. Risiko tinggi kadang-kadang. Proses pembelajaran tengah shooting Polis Evo 2 babak aksi sikit ja tersungkur.” jelasnya
“Benda nak jadi kan tapi Alhamdulillah semuanya okey,” kata Riz. 
Riz memuat naik gambar ketika sedang dirawat oleh pegawai perubatan yang bertugas menerusi laman instagram beliau pada rabu. Semua peminat Riz Amin mendoakan semoga beliau cepat sembuh.

Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pelakon utama filem itu iaitu Zizan Razak yang banyak membantunya ketika itu.

“Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada kawan saya, @zizanrazak869, Nuar dan Nano hantar kereta ke hospital sebab saya kena naik ambulance.”

“Terima kasih brother, Alhamdulillah hang memang sempoi hat tu ja nak habaq,” katanya

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Events Thu, 16 Aug 2018

2018 Asian Games Torch Lights Up Jakarta Stop

The ceremony was very bright and colourful too.

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

PERGI BERAMBUS! – UMIE AIDA

Beliau hanya mahu berkongsi pengalamannya mempunyai pembantu rumah yang bersikap kurang ajar terhadap keluarganya

Hiburan Tue, 5 Nov 2019