Hiburan By: Del14 January 22, 2020 @ 12:02pm

Tersentuh Nampak Akim…Kenapa Kak Lina Pom Pom Menangis?

Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein tidak dapat menahan sebak apabila melihat kelibat penyanyi Akim Ahmad datang ke majlis perkahwinannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) walaupun ketika itu para tetamu telah bersurai. 

Elly berkata pada mulanya Akim sepatutnya menyanyi pada majlis resepsinya itu, namun hajatnya tidak kesampaian apabila majlisnya bertembung dengan tarikh Showcase Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 yang diadakan di Taman Botani, Kuala Lumpur pada masa yang sama. 

Perkara ini dikongsikan oleh pelantun lagu Bungaku Bakawali itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya. 

“Terima kasih @akimahmad. Ada cerita sebenarnya..sangat tersentuh bila tiba-tiba nampak Akim datang. Masa tu tetamu dah balik..Suami dan kak Lina tengan buat photoshoot.

“Sebenarnya Akim di antara yang buat persembahan di malam nikah kami..dan kebetulan pula hari yang sama Akim terlibat dengan Showcase AJL. 

“Kata kak Lina dekat Stacy “takpe sayang..teruskan ke showcase AJL sebab AJL adalah tugasan..Doakan kebahagiaan buat kak Lina dan suami dari jauh pun dah cukup memadai,” tulis Elly. 

 
 
 
View this post on Instagram

Tq tq tq tq @akimahmad . Ada cerita sebenarnya..sgt tersentuh bile tiba2 nmpak Akim dtg?????? .. masa tu tetamu da balik .. Suami & kakak lina tgh buat photoshoot . Sebenarnya Akim di antara yg buat persembahan di malam Nikah kami .. dan kebetulan pulak hari yg sama Akim terlibat dgn Show case AJL . kata kakak lina dkat Stacy ” xpe love .. Teruskan ke show case AJL sbab AJL adalah tugasan .. Doakn kebahagiaan buat Kakak lina & Suami dari Jauh pun da cukup memadai” . Dan tiba2 ternmpak kelibat Akim dlm dewan dari Jauh .. berjln terus ke pentas dgn keadaan yg masih berpeluh?????.. rasa nak gugur air mata tgk kesungguhan Akim utk memenuhi janjinya ????.. kami bersalaman Dan ambil gambar .. Akim ucapkan Tahniah buat Suami & kepom.. Kakak lina pulak , nyanyi lagu happy birthday buat Akim ..klu nak tau Birthday Akim sama date dgn date Wedding kakak lina?? . Selesai bersalam ,Dan Akhir sekali Akim hulurkan hadiah Sampul putih buat kami .. Buat susah2 je Akim .. Apa2 pun Suami & kakak lina Doakn semoga Allah permudahkn urusan mu Akim .. Cuma nak bg tau, Akim & Stacy sgt baik .. berbudi bahasa, hormat org apabila berbicara.. Moga kebahagiaan milik kamu berdua Dan family.. Untung mengenali kamu berdua .. Jaga diri @akimahmad @stacyanam InsyAllah kite jumpa nnti .. kakak syg kamu berdua dik?

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Justeru itu, apabila Elly terlihat kelibat Akim berada dalam dewan dari jauh, dia tidak dapat menahan sebak melihat kesungguhan Akim mengotakan janjinya untuk hadir walaupun tidak dapat menyanyi. 

Pelakon drama komedi bersiri Kampung People itu juga berkata kebetulan hari jadi Akim jatuh pada tarikh majlis pernikahannya dan dia sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada penyanyi lagu Rampas itu dan menyanyikan lagu ‘Happy birthday’ buat Akim. 

Sebelum berlalu pergi, Akim sempat menghulurkan ‘hadiah’ buat Kak Lina Pom Pom dan suaminya Mohamad Azlan Che Nuh. 

“Buat susah-susah je Akim..Apa-apa pun suami dan kak Lina doakan semoga Allah permudahkan urusanmu Akim..

“Moga kebahagiaan milik Akim, Stacy dan keluarga..Untung mengenali kamu berdua. Kakak sayang kamu berdua dik,” tulis Elly lagi. 

Elly dan Azlan diraikan dalam majlis pernikahan dan resepsi yang begitu meriah sekali bertemakan ‘Malam Bulan Dipagar Bintang’. Kek perkahwinan mereka dikatakan setinggi 9 tingkat, siap ada air terjun! Wah! Kalau nak baca, layarilah Mahligai Cinta untuk info dan berita tentang kisah cinta, pertunangan dan perkahwinan selebriti-selebriti tanah air mahupun luar negara. 

Baca: Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Kredit Foto: Instagram @iamellymazlein @faridismproduction

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022

Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya. Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah […]

Featured Mon, 8 May 2023

Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Terlampau stress pun boleh effect kandungan juga. Semoga kuat Shu!

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

AJL 32: HAZAMA TAK KECIL HATI, JANJI PERSEMBAHAN MANTAP

Andai kata kononnya pemilihan saya di AJL sekadar memenuhkan ruang, ia tidak mengapa. Saya tetap akan memberikan persembahan terbaik.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

《分贝人生》再获奖得国际认可!

电影《分贝人生》持续受到国际影视奖项的垂青!这次获得第3届《金海鸥国际新媒体影视周》颁发《最佳影片奖》,男主角陈泽耀代表前往北京领奖时在台发表得奖感言直说「艺术不分国界」。

Featured Mon, 11 Mar 2024
Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Kisah Viral Sat, 5 Nov 2022

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti. Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan […]