Hiburan By: Maya Basir July 7, 2023 @ 3:46pm

“Pakai Gelaran Tu Belum Tentu Masuk Syurga” – Persoal Gelaran Ustaz Tido, Ini Penjelasan Adlin Aman Ramli

Pengarah dan penerbit, Adlin Aman Ramli tidak teragak-agak mempersoalkan tentang gelaran ustaz yang digunakan segelintir pempengaruh dalam media sosial.

Terdahulu, tular satu video dimana Adlin bertanyakan tentang kelayakan pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Tido membawa gelaran tersebut.

“Zaman tradisional kita, siapa yang ajar mengaji pun kita sudah panggil ustaz.

“Pada zaman moden, dengan wujudnya pelbagai badan dan jabatan berkaitan agama tiada siapa yang kawal selia gelaran ini.

“Jadi adakah orang yang digelar ustaz sama seperti golongan bergelar datuk?,” katanya yang ditemui semasa sidang media tayangan perdana filem Merewang Keluarga Pak Awang, baru-baru ini.

Menurut Adlin, dia berharap agar persoalan itu dapat menyedarkan sesetengah individu tentang tujuan gelaran itu digunakan.

“Saya tanya sebab ingin tahu dan memang mahu cuit dia (Ustaz Tido) sebab mengapa dan apa tujuan guna gelaran ustaz. Pakai gelaran ustaz atau haji pun belum tentu masuk syurga.

“Kalau semua ustaz yang dengar soalan itu terasa, memang mereka perlu terasa dan kena jawab.

“Sebenarnya saya tiada masalah dia (Ustaz Tido) nak guna gelaran ustaz sebab dia tidak poyo. Tetapi bila ada yang menegur supaya dia jaga kelakuan supaya sesuai dengan imej seorang ustaz, saya rasa ada betul juga perkara itu,” jelasnya.

Pada masa sama, dia tidak bermaksud untuk menentang penggunaan gelaran ustaz asalkan tidak menjadikannya sebagai modal penipuan.

“Saya tiada masalah dengan Ustaz Tido dan ustaz lain. Mereka nak pakai title apa pun saya tak kisah.

“Saya tiada hal dan kalau panggilan itu beri kelebihan kepada mereka, biarlah, asalkan jangan menipu,” ujarnya.

@aimanjer908 Membalas kepada @Asyraf Ibrahim ♬ bunyi asal – aimanjer908

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Skandal Pelacuran Dan Dadah, Seungri Enggan Serah Telefon Bimbit

Nampaknya, kes melibatkan idol kpop ini masih belum selesai yah!

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Tonton Kini Lebih Xtra

majlis pelancaran XTRA turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal antaranya Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack, Farah Nabilah dan ramai lagi.

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

Featured Fri, 21 Oct 2022
Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Yura Yunita Terkejut Dapat Kongsi Pentas Dengan Idola

Korang dah dapatkan tiket untuk ke konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena ke esok?

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

T-ara芝妍撞鬼搬家⋯祂竟跟到新宿舍!

韩国女团T-ara过去在宿舍里撞鬼的经历也被掀出,她们出道前曾误住入闹鬼宿舍,芝妍、昭妍都在同个位置看见不同的鬼!

Trending Mon, 22 Jun 2020
Trending Thu, 19 Aug 2021