Trending By: Aisyah Badrul March 25, 2020 @ 4:52pm

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini, hanya seorang wakil daripada setiap keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian. 

Jadi, sudah tentulah tugas ini diambil oleh ketua keluarga. Ekoran daripada situasi ini, suasana di pasaraya pada waktu ini hanya dipenuhi oleh kaum Adam sahaja. 

Perkara ini diakui sendiri oleh pengarah terkenal Michael Ang menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

 

Menerusi video tersebut, Michael secara berseloroh berkata ini merupakan waktu yang sesuai untuk wanita solo dan wanita yang  sukakan suami orang pergi ke pasaraya untuk mencari jodoh kerana pada waktu ini semua pasaraya hanya dipenuhi oleh kaum lelaki. 

“Salam semua. Baru balik dari supermarket! I rasa Ini la masa untuk wanita-wanita single pergi supermarket Sebab 90% yang ada di supermarket semua lelaki,”

“Mana tahu jumpa jodoh di sana! Hahahahaha luv u all n stay safe!,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut. 

Perkongsian Michael ini  telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan komen di video tersebut. Malah, ada juga wanita yang mengakui kata-kata Michael namun menyuruh wanita-wanita di luar sana supaya berhati-hati supaya  tidak mengurat suami atau pasangan mereka. 

 

Sumber: Instagram Michael Ang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Events Thu, 22 Sep 2022
Featured Sun, 30 Apr 2023
Trending Mon, 29 Apr 2019

爱迟到才是正常人!不同国家对「准时」的定义

「准时」向来被我们视为一项美德,也是一个必须的礼貌,甚至可以为此不满一个人……

Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭