Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 12, 2023 @ 6:54pm

Dah Hilang Sabar, Izreen Azminda Dedah Bukti Intan Saleh Tak Henti ‘Provoke’ – “Tak Habis-Habis Halusinasi Aku Kacau Kau”

Pelakon sensasi, Izreen Azminda tidak dapat menahan sabar dan tampil membidas kenyataan bekas madunya, Intan Saleh di Instagram Story (IGs).

Menerusi beberapa hantaran, Izreen mendedahkan tangkapan skrin sebagai bukti mendakwa Intan tidak henti membuat naik status berbaur provokasi terhadapnya bersama suami, Ude Wahid.

“Aku rasa ada orang dah too much ni.. Tak habis-habis ‘halusinasi’ aku kacau kau. Kau kacau aku, kenapa tak mention?

“Banyak dah terbuka di mahkamah yang kau kacau aku.. Kau gelabah, terus pergi melalak semata-mata nak tengok orang kecam hina aku.. Memang terapi kau ke selama enam tahun ni suka tengok orang maki hina aku?,” katanya.

Izreen Azminda

Izreen Azminda

Izreen Azminda

Malah, Izreen juga berkata peguam mewakili kedua-dua belah pihak telah pun berjumpa untuk berunding mengenai isu tersebut pada Jun lalu, namun sehingga kini masih tiada jawapan daripada pihak Intan sendiri.

“Lawyer aku dan lawyer kau ada berjumpa dan meeting pada bulan Jun lepas raya dan pihak kami dah tunjuk semua bukti-bukti provokasi kau. Beratur-ratus ye bukan sikit.

“Selepas meeting, dan lawyer kau pun bersetuju untuk berunding di luar mahkamah sahaja tapi apa pun kena dapat persetujuan dari kau dan pihak kami dah bagi tempoh masa.

“Bila tak ada jawapan kami proceed ke mahkamah sampai 30 November kes sudah berjalan masih tak dapat jawapan dari pihak kau sampai la 1 Disember 2023 baru ada kemasukan dari lawyer kau.. Kes dah jalan dari July 2023,” tulisnya.

Izreen Azminda

Izreen Azminda

Izreen Azminda

Bukan itu sahaja, Izreen juga memaklumkan sebanyak tiga notis dari mahkamah telah dihantar ke rumah Intan namun pihaknya itdak mengendahkan surat tuntutan mahkamah tersebut.

“Notis kedua dihantar ke rumah kau, tapi kau tak bagi kerjasama. Aku mesej personal tapi kau tak balas. Kau meroyan dekat IG..

“Notis ketiga dah hantar tapi kau masih ego! Masih lagi nak menganjing aku di IG Story kau. Bukan sikit-sikit, dalam mahkamah nanti silakan tengok balik provokasi kau,” ujarnya.

Izreen Azminda

Izreen Azminda

Izreen kesal apabila permohonan maaf seikhlas hati yang dibuat secara langsung di Melodi TV3 pada dua tahun lalu terhadap Intan tidak diterima.

Malah, konflik menjadi lebih parah sehingga nama dan imej Izreen tercalar akibat pelbagai dakwaan mengatakan dia tidak henti menganggu Intan.

Bagaimanapun, kes mahkamah antara Intan dan Izreen masih berlangsung.

“Aku diam selama ni sebab aku taat dengan permintaan Ude sebagai suami. Tapi kau tak habis-habis provoke dan terus provoke macam aku ni batu!

“Ingat dah kahwin aman damai rupanya sama je. Penyudah spin cakap meroyan sebab kena kacau dengan aku padahal memang kau meroyan.

“Aku dah seikhlas hati minta maaf dekat kau masa kat Melodi tapi kau spin macam lain pula masa hari tayangan. Kau tak maafkan it’s okay. Tapi kau jangan nak lebih-lebih fitnah aku bukan-bukan,” tambahnya.

Izreen Azminda

Izreen Azminda

Izreen Azminda

Terdahulu, Intan mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada Izreen dan Ude Wahid.

Sekadar info, kontroveri antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial.

Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Teresak-Esak, Intan Saleh Serik Dibuli & Dituduh Masih Belum Move On – “Serabut! Boleh Jadi Gila”

Artikel Berkaitan: Intan Saleh Lantik Peguam Terkemuka, Dedah Bekas Suami & Izreen Azminda Hantar Surat Tuntutan

Artikel Berkaitan: Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

Artikel Berkaitan: “Kes Mahkamah Hampir Selesai” – Bakal Beri Kenyataan Rasmi, Izreen Azminda Mohon Ruang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Trending Wed, 3 Jun 2020

Status Permohonan Geran Khas Prihatin Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Jadi bagi semua pemohon, suda boleh semak mulai esok ye!

Trending Wed, 4 Jul 2018

Sayu… Ibu Bapa Adam Rayqal Hadir Sesi Pengecaman Mayat

Ibu mangsa, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, ditemani ahli keluarga terdekat, disambut saudara mara dan rakan sekerja Farrah Madihah yang sudah menunggu di IPFN HKL sejak jam 9 pagi tadi.

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Zul Ariffin Kepit Pinggang Farah. Apa Tandanya?

Walau pun keduanya tidak mengiya atau menafikannya namun daripada gambar yang dimuat naik sudah tentu ada bibit-bibit cinta yang sedang mekar.