Hiburan By: SGMS Fas April 14, 2018 @ 3:50pm

Insan Lain Punca Hubungan Putus – Zahirah MacWilson!

Tiada jodoh!

Itulah jawapan terbaik bagi hubungan dua bekas pasangan kekasih ini – Zul Ariffin, 31,  dan Zahirah MacWilson.

Daripada pihak  Zul Ariffin, beliau sedikit  pun tidak kecewa dengan perpisahan tersebut malah jawapannya pun agak sinis apabila berkata ‘kalau melihat orang berselfie dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup”?

Betul juga kan! Jenazah di dalam masjid, sebuk berselfie pula!

Itu kenyataan Zul. Ini pula kata Zahirah kepada BH Online berhubung status mereka:

Kredit: BH Online.

“Masing-masing ada kerja dan tanggungjawab. Jika saya hendak bercakap lebih-lebih pun, rasanya tidak manis kerana perkara itu turut membabitkan insan lain. Jadi, lebih baik saya diam dan tak perlu nak ungkit lagi hal ini.”

Apa maksudnya insan lain itu agaknya? Hanya kedua mereka yang faham kiasan masing-masing.

Apa pun pemilik nama sebenar, Nur Zahirah MacWilson binti Zainol, 23,  ini mengakui tidak perlu lagi menjaga hati sesiapa.

Bahkan tambahnya, “Tiada apa lagi yang hendak diragui mengenai status saya. Begitu juga tidak perlu lagi hendak ditanya sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaiknya.”

Kata pelakon berdarah kacukan Melayu-Australia  ini, cerita peribadinya tidak perlu diungkit lagi malah dia sendiri sudah membuangnya jauh dari minda dan move on.

Zahirah menganggap apa yang dilaluinya adalah resam dunia artis dan segala cerita panas harus ditelannya.

“Ia mungkin nampak teruk di mata orang luar mahupun netizen. Tapi, saya tetap mempunyai pilihan sendiri, untuk terus menjadi kuat dan memajukan diri,” ujar lulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia ini.

Hubungan Zul Ariffin dan Zahirah yang terjalin tiga tahun lalu dikhabarkan putus sejak lebih sebulan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 8 May 2020
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

GEGARIA嘉年华8个必打卡点

一个聚集了吃喝玩乐的Gegaria嘉年华,于上周末在新山Plaza Angsana圆满举行!受邀出席采访的小编发现,嘉年华不仅适合老人与小孩,更是年轻人「必去」,因为……实在有太多可以打卡的点, po一个星期都没有问题!

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Penangan ‘Azura’ Dalam Hidup Dato’ Jamal Abdillah

Siapa ingat Zack dan Azura, angkat tangan!

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Konsert Dekade Lebih ‘Intim’, Afgan Kongsi Kisah Peribadi Sempena 10 Tahun Dalam Industri

Afgan sempat berkongsi kisah jatuh cinta ketika di bangku sekolah dulu. Siapalah agaknya gadis bertuah itu kan?

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Naim Daniel Selesa Tanpa Teman Wanita

Girls, korang tunggu kejap ok?

Featured Wed, 10 Aug 2022