Hiburan By: SGMS Faida May 26, 2018 @ 6:23am

Meriah Tetap Sama, Zahirah MacWilson Bakal Beraya Di Perth!

Selepas putus cinta dengan pelakon Zul Ariffin, Zahirah MacWilson akui dia kini lebih tenang dah sudah move on! 

Khabar terbaru mengenai Zahirah, dia kini sibuk di lokasi penggambaran sebelum pulang beraya di Perth, Aidilfitri ini.

“ Selesai sahaja di set, saya akan pulang beraya di Perth. Ibu, adik beradik dan sanak-saudara majoriti ada di sana.

“ Sambutan di sana tak kurang meriahnya. Yang penting, juadah wajib Raya seperti Rendang dan lontong pasti ada. Kemeriahannya sama seperti di Kuala Lumpur,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, Zahirah memberitahu dia turut menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem arahan Ghaz Abu Bakar. Filem bergenre komedi aksi ini dijadual ditayangkan pada tahun depan.

“ Buat masa ini, saya tak boleh beritahu tajuk kerana masih awal. Jika semua lancar dan diizinkanNya, ini merupakan filem pertama saya. Doakan ya!,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Awal, Scha Menang Saman RM345,305

Banyak kali juga ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan. Jadi, pada usia sekarang Awal tidak mahu lagi dipijak.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Hiburan Sat, 5 May 2018

Peminat Pujuk KRU Batal Bubar, Ini Jawapan Norman…

“Takkan ketika usia sudah 60 tahun nanti KRU masih menari-nari di pentas. Lagi pun tiada apa lagi yang mahu dikongsi,” kata Norman.

Fab Foodies! Wed, 1 May 2019

McDonald’s Ramps Up Drive-Thru Business to Suit Consumers’ On-the-Go Lifestyles

It’s easier to buy food now without getting out of our cars.