Hiburan By: Del14 December 21, 2019 @ 1:27pm

Farah Nabilah Sah Milik Amirul Yunus Dengan Sekali Lafaz!

Dengan sekali lafaz, pelakon jelita Farah Nabilah Saipuddin (27), sah bergelar isteri kepada pasangannya Amirul Yunus (28) dalam sebuah majlis yang meriah di Hotel Royale Chulan Damansara malam tadi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM77,777.77. 

Pihak perempuan memberi 7 dulang untuk pihak lelaki dan dibalas 7 dulang daripada pengantin lelaki.

Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Haji Mastori bin Haji Marshidi dan disaksikan oleh ayah pengantin perempuan, Dato’ Saipuddin Ahmad sebagai wali.

Sebelum upacara nikah dijalankan, Farah dan Amirul telah ditunangkan terlebih dahulu sejam sebelumnya. 

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Izara Aishah, dan persembahan istimewa oleh adik kepada pengantin perempuan iaitu Firdaus Azraai.

Amirul yang bekerja sebagai juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah menjalinkan cinta lebih 7 tahun dengan Farah Nabilah selepas mereka diperkenalkan oleh sahabat baik Farah sendiri iaitu Izara Aishah.

Keluarga Amirul telah menemui keluarga Farah untuk upacara merisik pada awal tahun lalu dan sidang media berkenaan perkahwinannya telah diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 23 Oktober yang lalu. 

Majlis khatam Al-Quran dan malam berinai akan diadakan esok (Sabtu), 21 Disember di Neo Event Hall, Damansara Perdana.

Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan  di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember nanti manakala majlis resepsi pihak perempuan bakal dilangsungkan tahun hadapan, pada 5 Januari di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.

Farah dan Amirul juga menjadi pasangan pertama yang akan dipaparkan di portal terbaru Media Prima di bawah jenama program perkahwinan popular TV3, Mahligai Cinta yang boleh dilayari di Mahligai Cinta mulai November ini. 

Baca: “Farah Cukup Sempurna Di Mata Saya,” Amirul Yunus

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Mar 2024
Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Tue, 21 Nov 2017

UQASHA POST GAMBAR EDIT, MOTIF?

Uqasha sekali lagi dikecam kerana dikatakan telah mengedit gambarnya sebelum memuat naik di laman instagram beliau.

Featured Wed, 3 Aug 2022
Featured Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Sat, 25 Nov 2023

Siti Elizad Gagal IVF Kali Kedua, Tak Mahu Fikir Soal Anak Demi Jaga Kesihatan Mental

Belum ada rezeki.. Semoga dipermudahkan urusan Elizad & suami

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Super Junior’s Leeteuk Undergo Emergency Surgery

He has been pulled out of scheduled events.

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

邓紫棋高EQ回应陈冠希「让音乐作品去说话」

「铁肺女王」邓紫棋来马出席《饥饿30》倒数活动,与1万5000人齐聚沙阿南美拉瓦迪室内体育馆;谈及近期她为《中国新说唱》担任制作人遭陈冠希挑衅不会饶舌,她高EQ回应“让音乐作品去说话。”