Hiburan By: Ad Ops August 1, 2018 @ 3:30pm

Fazura Sifatkan Tindakan Mengutuk Fizikal Seseorang Sangat Memalukan!

Hangat dengan tindakan pelakon, Faezah Elai yang dilihat seakan-akan memerli saiz dan bentuk badan wakil Fazura sehingga menyebabkan satu dewan ketawa seolah-olah bersetuju dengan ucapan beliau selaku penyampai anugerah dalam acara Anugerah Telenovela 2018, minggu lalu.

Walaupun Faezah menafikan dakwaan itu dan sekadar melawak sahaja, namun, aktress Nur Fazura berang dengan ‘jenaka’ yang dibuat kerana menurutnya, perbuatan berkenaan seolah-olah memalukan, tak berwibawa dan tidak sihat kepada masyarakat.

“Kenapa perlu berjenaka sampai tahap mahu mengaibkan orang? Kalau di Amerika Syarikat, mana-mana artis yang bersikap sebegitu sudah lama digam dan ditamatkan program mereka.

“Tetapi di negara ini, boleh pula orang suka (jenaka sebegitu). Satu dewan, termasuk pengacara, turut mentertawakan wanita terbabit sehingga dia kemurungan seketika.

“Sebagai selebriti, saya rasa perlu untuk bersuara bagi mewakili individu yang tidak dapat menyuarakan hak mereka. Saya takkan berdiam diri walaupun ada yang meminta untuk berbuat begitu.” Katanya ketika ditemui pada sidang media Minggu Pertunjukan Fesyen New York 2018 anjuran Peniagawati di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Aktress Gol dan Gincu itu turut mengecam seorang pelawak wanita popular yang mempertahankan tindakan Faezah yang menganggap isu tersebut tidak serius malah ia sekadar gurauan sahaja.

Bagaimanapun, Fazura meluahkan rasa kecewa dengan rakan artis kerana mengaitkan bentuk fizikal seseorang sebagai satu bahan jenaka. Sangat memalukan!

“Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Sebagai pelawak, dia seharusnya mencari bahan jenaka lebih bernas tanpa mengaitkan bentuk fizikal seseorang ataupun apa saja perkara sensitif.

“Mungkin perkara itu tidak terkena pada dirinya sendiri, jadi bolehlah dia berkata demikian. Jika itulah idea bahan jenaka yang diagungkan olehnya, ia sangat memalukan.” Tegasnya.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 1 Aug 2018

No Problem! Ulang ‘Mantera’ Ini Ketika Berdepan Masalah

Memegang watak sebagai kawan baik Othman, karakter Lum bakal ‘mencengkam’ fikiran sesiapa yang sudah menonton filem ini. Sehinggakan sesiapa yang keluar daripada pawagam pasti akan bertanya, ‘ Eh, siapa pegang watak Lum tadi tu eh?’

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’. Walaupun kini dirinya sudah bergelar […]

Featured Mon, 8 Aug 2022

Sistem Jualan Inai Dipertikai, Neelofa Jawab Dakwaan ‘Tikam Belakang’

Min pun ada tengok orang dok complaint pasal benda ni…

Featured Mon, 14 Nov 2022
Kes Mahkamah Thu, 16 Nov 2023

33 Tahun Jalani Hukuman Penjara, Pembunuh Along Spoon Dibebaskan Hari Ini

Tolak cuti dan lain-lain, dia dah serve 33 tahun – Peguam Mohd Ya’acob

Featured Thu, 24 Jun 2021

Bantuan PPN Dalam Proses Perincian

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki […]