Hiburan By: SGMS Faida January 19, 2019 @ 10:22am

Ganti Altimet, De Fam Mengaku Berdebar!

Pastinya ramai yang akan teruja melihat tiga penyanyi De Fam beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke 33 pada 3 Februari nanti.

Bakal membawakan lagu Bunga, De Fam mengakui mereka gementar menggalas tanggungjawab kali ini.

“ Teruja tapi dalam masa sama gementar. Seperti yang kami tahu, Altimet sendiri yang memilih kami untuk membawakan lagu Bunga kerana katanya, tiada mana-mana artis yang boleh membawakan lagu itu selain DeFam. 

“ Jadi kami sangat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh beliau. Kami bertiga sudah masuk ke kelas vokal dan tarian untuk persembahan ini,” ujar DeFam ketika ditemui di Hotel Empire, Subang, baru-baru ini.

Menariknya, lagu Bunga turut bakal berubah mengikut kesesuaian suara anggota De Fam yang mana hampir 80 peratus ditukar.

“ Yang pasti lagu Bunga tidak akan dipersembahkan dalam bentuk rap. Altimet nyanyi seorang tetapi De Fam pula bertiga. Maka, akan ada pembahagiannya,” tambah DeFam.

DeFam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis bakal menggantikan Altimet membawakan lagu Bunga ciptaan Omar K, John Jeevasingam dan Altimet.

AJL33 akan disiarkan di TV3 secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Dec 2018
Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

‘Tiada Yang Istimewa Lagi…’- Zizan Razak Tak Jadi Kahwin Tahun Ini?

Pernah dikaitkan dengan beberapa nama selebriti popular sebelum ini, Zizan mengakui masih bertemu calon sesuai buat masa ini. Bukan memilih tapi…

Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩